Thursday, September 12, 2024

Terminal Lucidity

 

sumber:google images


Terminal lucidity ialah satu fenomena perubatan yang menarik di mana pesakit yang mengalami penyakit mental atau neurologi yang teruk mengalami tempoh kesedaran dan kejelasan mental yang tidak dijangka sebelum kematian mereka.

Maksudnya, pesakit yang sebelum ini tidak responsif, keliru, atau tidak boleh bercakap, secara mengejut boleh berkomunikasi dengan jelas, mengingati kenangan lama, dan menunjukkan kesedaran terhadap persekitaran mereka. Ini biasanya berlaku beberapa jam atau hari sebelum mereka meninggal dunia.



Tuesday, September 3, 2024

Tidak berjaya

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...

Seperti tajuk post, saya tidak berjaya dalam permohonan diploma pascasiswazah pendidikan...ini rasanya permohonan yang terakhir...sebab saya dah lepas had umur,tahun depan dah berumur 35 tahun.

Tak tahulah nak cakap macam mana, rasa sedih tu ada..tetapi sebab dah biasa dengar perkataan harap maaf,dukacita jadi macam dah lali...dah putus asa barangkali....

Mungkin rezeki saya bukan dekat sini, dekat tempat lain agaknya...

Entahlah..tetapi saya beritahu mak saya tentang keputusan ni, emak diam sahaja..lepas tu baru emak cakap bukan saya seorang sahaja yang mohon, ada ramai lagi, tak ada rezeki nak buat macam mana...

Sebenarnya saya tahu emak rasa sedih dan kecewa juga tu..tetapi nak buat macam mana...

Sedih memang sedih, tetapi sedih macam mana sekalipun tak boleh buat apa...

Barangkali ada hikmah semua ni...saja tulis macam ni buat ayat sedapkan hati...

Mohon doa yang baik-baik untuk saya...

Moga yang baik-baik sahaja untuk kalian semua...

Insya-Allah...

amin.