Monday, April 18, 2022

Ada hadnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bulan Ramadan ni, saya rasa agak tercabar hari ini.

Hari yang menguji kesabaran.

Kes di mana kami sekeluarga khususnya mak saya dah banyak beralah dan bertimbang rasa.

Mak saya dah beri laluan jalan keluar masuk untuk kereta atau apa saja kenderaan.

Tetapi, buat baik dengan manusia ni memang perlu berpada-pada.

Tak masuk akal langsung bila ada hamba Allah suruh mak saya cantas atau buang pokok bunga yang mak saya tanam.

Dah berpuluh tahun pokok ni,malah pokok ni menjadi pagar atau tanda pemisah dengan tanah lain.

Alasannya kereta mereka tercalar sebab bergesel dengan pokok bunga mak saya. Berpuluh tahun lamanya, malah lori pun boleh keluar masuk, tiba-tiba saja jadi isu hari ni.

Saya dulu dah pernah bagi cadangan supaya tutup sahaja jalan. Sebab memang dalam kawasan tanah rumah kami. Jadi tak ada sesiapa boleh dakwa kalau kami tutup terus jalan ni.

Tapi mak saya tak setuju, mak saya takut kalau meninggal nanti kubur jadi sempit sebab tutup laluan jalan.

Saya sebenarnya dah lama menahan perangai manusia atau jiran seperti ini.

Dibuka jalan untuk kesenangan, tetapi jadi masalah pula, belum masuk bab anak mereka bawa motor bunyi bising pagi-pagi.. pukul 2,3 pagi bawa motor bunyi ekzos kuat... menyusahkan keluarga saya nak tidur.

Ikutkan hati, tutup saja jalan ni..senang. Mak saya pula tak nak. Mak suruh saya bersabar sahaja.

Masalahnya saya dah bersabar dengan perangai jiran daripada  saya umur kecil sampai lah saya dah umur 30 tahun lebih.

Bagi saya sabar ada hadnya...nak lagi bila jadi macam ni...kita niat memudahkan orang akhirnya menyusahkan diri dan keluarga saya.

Mungkin disebabkan terlalu lama berdiam diri, maka mereka fikir boleh buat sesuka hati.

Sabar manusia itu ada hadnya...dan pengajaran yang saya dapat dalam pengalaman ni,buat baik dengan manusia macam mana pun kadang tak berguna juga.. diberi susu dibalas tuba. Bagai lepas anjing yang tersepit, digigit tangan kita balik.. tapi saya rasa kadang kala anjing atau haiwan kita tolong akan lebih bertimbang rasa, tak seperti segelintir manusia.

Mohon doakan yang baik-baik sahaja untuk saya.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

Amin.

10 comments:

Warisan Petani said...

Semoga ada jalan penyelesaian win-win

Perdu Cinta said...

Harap semuanya dipermudahkan.. Aamiin.

Ateh Nour said...

Assalamualaikum,
Alhamdulillah singgah sini buat pertama kali.

In Shaa Allah jika kita sabar Allah akan tolong nanti.

cikguzim said...

Moga ada jalan penyelesaian yg baik nanti..

Hanafi Abdullah said...

kalau ada penghulu atau ketua kampung....bawa sahaja isu ini kepada mereka

At-Tarmizi said...

Warisan Petani harapnya begitulah.. amin.

At-Tarmizi said...

Perdu Cinta Insya-Allah amin.

At-Tarmizi said...

Ateh Nour walaikumsalam terima kasih kerana sudi singgah... Insya-Allah amin.

At-Tarmizi said...

cikguzim harapnya begitulah cikgu, Insya-Allah amin.

At-Tarmizi said...

Hanafi Abdullah itulah,tapi mak saya suruh bersabar sahaja..

Post a Comment