Hari ni saya agak sedih sedikit.
Sedih sebab saya terlepas ujian online SPA bagi jawatan pegawai perhubungan perusahaan.
Saya tak perasan pasal benda ni.
Saya cek emel baru perasan.
Tu pun tak sengaja terbuka bahagian spam.
Biasanya saya cuma baca inbox.
Bila cek, saya dah terlepas lima hari dari tarikh ujian tu.
Adoi...dalam sistem nanti mesti akan tulis tidak hadir temuduga ujian.
Sedih betul sebab rasanya akan beri kesan kepada saya kalau nak mohon semula jawatan tu nanti.
Kecewa,terkilan, macam-macam lagi lah perasaan saya sekarang ni.
Sesiapa yang terbaca atau membaca post ni sudi-sudikanlah doa untuk saya.
Doa yang baik-baik ya.
Mana tahu,jika ada rezeki saya untuk dapat kerja kerajaan sebab daripada doa kalian semua.
Saya doakan juga semoga kita semua selamat dunia dan akhirat.
Insya-Allah...
Amin.
7 comments:
Akak pun banyak kali terlepas.Mula2 tu frust jugak. Tapi dah lama2 dah lali😂
Semoga rezeki yg lain akan tiba selepas ini. Bersabarlah. Pasti ada sinar di hujung penantian...
In Sha Allah ada rezeki lebih baik nak datang tu :)
Mohon semula. jangan putus asa.
Geram kan bila bukan spam boleh masuk spam?
Teruskan usaha..kena selalu cek email ya
insya allah... pasti akan ada rezeki tarmizi nnt
Post a Comment