Sekarang tengah tular kempen kibar bendera putih.
Kibarkan bendera putih ni kalau tiada bekalan makanan di rumah,terputus sumber pendapatan,dan sebagainya.
Memang bagus kempen ni.
Sekurang-kurangnya bila tengok ada rumah yang kibar bendera putih maka kita tahu mereka sedang mengalami masalah.
Tapi yang tak seronoknya bila timbul macam-macam hal atau perkara bila kempen kibar bendera putih ni dijalankan.
Saya secara peribadi,setuju dengan kempen kibar bendera putih ni.
Kita tak tahu masalah orang.
Kita tak tahu masalah yang dihadapi dalam keluarga mereka.
Mereka yang kibar bendera putih juga mungkin tak tahu cara yang boleh dilakukan untuk mendapat pertolongan segera.
Jadi dengan kibar bendera antara langkah bijak bagi saya.
Haraplah tak dipolitikkan perkara macam ni.
Mereka kibar bendera putih bukan tanda kalah.
Mereka sedang mohon pertolongan.
Jika kita tak mampu tolong,usahlah memberi komen negatif terhadap mereka.
Kita rakyat marhaen sekarang tengah susah.
Jika kita tak jaga kita,siapa lagi nak jaga?
Haraplah yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.
10 comments:
betul tu..kita xthu mslh org..mungkin ada yg malu utk meminta..ksian pd anak2 kecil
Nurul aqidah azahar setuju,lebih baik diam sahaja :)
Setuju... Jangan susahkan keadaan...
uncle gedek setuju,tak usahlah susahkan lagi mereka yang sedang susah
mana baik kita terus sokong..
PeRdU cINta betul tu kak PC
mudah-mudahan kita dapat cepat-cepat kembali kepada kehidupan normal seperti sebelum ini
Hans Hanis insya-Allah..Amin.:)
sy sokong kempen ni sbb tu jelah cara kita nk berkomunikasi tanpa bersemuka secara trs atau dtg meminta-minta...
Post a Comment