Tuesday, July 13, 2021

Kanak-kanak hampir lemas dalam kereta

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni saya cuma nak kongsi pengalaman yang baru sahaja berlaku dalam hidup saya.

Saya dapat lihat sendiri bagaimana seorang kanak-kanak hampir lemas dalam kereta.

Kanak-kanak itu ditinggalkan sebentar oleh ibu dia.

Mungkin sebab ibu dia rasa urusan dia cepat sahaja. Sekadar nak beli barang handphone kalau tak silap saya.

Saya tahu sebab saya pelanggan yang beratur di belakang ibu tersebut.

Kami berada di kedai yang sama.

Mungkin sebab itu saya rasa ibu tersebut biar sahaja anak dia dalam kereta.

Sebab urusan dia tak sampai lima minit.

Jadi kanak-kanak tersebut dibiarkan dalam kereta dan dipasang aircond.

Malangnya saya rasa kanak-kanak itu lock kereta dari dalam dan kemudian terlelap.

Panik juga tadi.

Ramai-ramai tolong membantu.

Alhamdulillah kanak-kanak itu terjaga bila kereta digoncang beramai-ramai.

Sedikit perkongsian kepada semua,jika boleh usah ditinggalkan anak kecil dalam kereta. Sebab kita tak boleh nak jangka perkara yang boleh terjadi.

Jika terpaksa juga,bukalah sedikit tingkap kereta supaya ada ruang udara.Supaya boleh mengelakkan lemas dalam kereta.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

3 comments:

Abam Kie said...

dah byk kali berlaku kes kanak2 mati lemas dlm kereta. kena hati2 la.

uncle gedek said...

Masya Allah

dear anies said...

tak dinafikan setiap thn ada je kes kanak2 lemas dlm kereta. ex bos sy dulu pun nyais terlibat ms dia duduk US dulu. dia terlupa anak dia ada dlm kereta. mujur dia g kedai kejap je.

Post a Comment