Thursday, March 18, 2021

Handphone redmi6a

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Alhamdulillah...handset redmi 6a yang saya beli di platform shopee dah sampai.

Saya beli handset ni setelah buat beberapa survey dari segi harga dan review.

Bolehlah spec handset ni, 2 RAM dan 32 gb storage.

Harga rm270 lebih, ada termasuk beberapa ringgit caj penghantaran.

Cepat juga seller ni hantar.

Handset pun dihantar dalam keadaan elok,

Kotak dibalut dengan kemas dan disertakan sekali charger handset.

Handset ni ada dapat warranty selama setahun oleh seller.

Handset ni saya beli untuk boleh whatsapp dan tengok youtbe sahaja.

Sebab handset saya sebelum ni redmi 4a,  home button tak boleh tekan, kena tukar skrin dalam rm150.

Jadi saya fikir,baik saya tambah sikit lagi duit dalam 100 ringgit, beli handset baru.

Lagipun handset redmi 4a tu saya dah pakai dalam 4,5 tahun macam tulah.

Alang-alang tu saya beli lah handset redmi 6a ni.

Senang.

Ok.

Saja nak tulis dekat sini, nak kongsi cerita dengan sesiapa yang terbaca atau membaca blog ni.

sumber:google images

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.

3 comments:

edahyukarim said...

Tahniah, beli handphone baru! :) :)

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah. Syukur.

dear anies said...

wahhh patut laa ada bau kedai hehehe

Post a Comment