Friday, July 24, 2020

Hadiah dah sampai

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua..

Alhamdulillah, hadiah yang saya dapat sebab terpilih sebagai salah seorang pemenang segmen giveaway "Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom" dah sampai.


ni hadiahnya~

 


Syukur.  dan terima kasih kepada empunya blog kerana sudi menganjurkan segmen.

Terima kasih kerana sanggup bersusah payah,pergi pejabat pos untuk pos kan hadiah ni.

Terima kasih juga kepada semua yang pernah bagi saya hadiah. Sanggup keluar modal dan tenaga untuk pergi pejabat pos.

Terima kasih banyak ya,moga kita semua terus dimurahkan rezeki.

Oh ya,sebelum saya terlupa,mohon doa semua untuk mendoakan kesihatan saya, sekarang ni kepala saya kerap sakit,jadi sukar untuk saya konsisten menulis di blog. Terima kasih kerana sudi membaca dan meninggalkan komen di blog saya, insya-Allah, saya akan cuba balas segala komen jika kesihatan semakin beransur sembuh. Sekarang ni kondisi dan kesihatan saya makin bertambah teruk sebenarnya, hampir-hampir juga nak pengsan haritu,mujur dapat bertahan.

Sekali lagi terima kasih kepada blogger aziankhalil kerana sudi menganjurkan segmen,moga dimurahkan rezeki.

Moga yang terbaik untuk kita semua...

insya-Allah...

amin.





9 comments:

Warisan Petani said...

Tahniah
Semoga sentiasa dilumayankan rezekinya.
Mudah2an dilimpahi keafiatan yang berpanjangan.

cikguzim said...

tahniah....moga cepat sembuh tarmizi

Syazni Rahim said...

Tahniah dan semoga sihat2 selalu :)

#JMBELOG said...

TAHNIAH

Cik TK said...

Wahh tahniah!!! Dan semoga awak cepat sembuh ye...

dear anies said...

tahniahhh!!!

syafakallah... banyakkan berehat...kalau perlu rawatan, pergilah segera jumpa doktor supaya tak melarat...

mamapp said...

Waaa bestnya tahniah

Dunia Zumal said...

Tahniah Tarmizi. Semoga sihat-sihat selalu

At-Tarmizi said...

terima kasih semua =)

Post a Comment