Sunday, May 3, 2020

Berjaja di waktu PKP

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Moga cepatlah virus covid ni dihapuskan.

Moga keadaan negara kembali pulih seperti biasa.

Moga kita semua menang lawan virus ini.

Pasar Borong Mphtj - Halaman Utama | Facebook
sumber gambar:google images

Baiklah, saya nak kongsikan sedikit cerita tentang pekerjaan saya iaitu berjaja kecil-kecilan di pasar borong.
Memang sukar, tetapi nak buat macam mana. Jika tak keluar berjaja,tak adalah pendapatan saya.

Pasar borong tempat saya berjaja dibenarkan beroperasi seawal 4 pagi sehingga pukul 9.30 pagi.

Pukul 4 itu biasanya lori yang menghantar ikan atau sayur akan menjalankan operasi mereka. Manakala aktiviti berjual beli pula seawal 5 atau 6 pagi sehingga pukul 9.30 pagi.

Cuma bila PKP ni,maka pembeli akan diperiksa dengan ketat. Pintu masuk hanya ada satu laluan begitu juga dengan pintu keluar.

Maka ramailah yang terpaksa beratur, ada yang malas nak beratur akhirnya pulang sahaja ke rumah masing-masing.

Mereka yang membawa anak kecil dan tidak memakai topeng muka juga tidak dibenarkan masuk.

Jujurnya,memang agak terkesan dengan PKP ni, tetapi demi keselamatan maka bersabar sahaja.

Ini semua dilakukan demi kebaikan semua pihak.

Oh ya, akibat covid ni, tempahan kerisik juga agak terkesan kerana ramai peniaga bazar Ramadan tidak dapat berniaga. Maka tiadalah tempahan daripada mereka.

Kebiasaannya, bulan Ramadan tempahan kerisik agak memberangsangkan cuma tahun ni sahaja tidak seperti tahun-tahun lepas.

Semoga cepatlah masalah ni dapat diatasi.

Moga dengan kehadiran bulan Ramadan ini,virus ini dapat dihapuskan.

Moga kita semua dapat menjalani kehidupan normal kembali.

Mohon doa semua.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

amin.

20 comments:

Warisan Petani said...

Semuanya terkesan.
Dah jadi new normal.

Kak Wawa said...

Betul, semuanya terkesan dengan Covid 19. Moga Allah angkat dengan segera dan memberi kemudahan kepda kita semua.

mrhanafi said...

bertabah la bro..

saya dapat memahami bagaimana rasanya terkena tempias Covid-19 ini

sama-sama kita doakab Covid-19 segera berakhir

Seorang Syed said...

Semoga terus kuat demi keluarga ya,
ramai yang terkesan dengan COVID19 tahun ni.
Harap semuanya berakhir dengan segera.
Saya singgah dan follow blog ni ya.
Jemput melawat blog saya jika berkelapangan.

Silah Hassy said...

mudah2an kita semua memperoleh hikmah daripada semua ni. ~

Nana Liena said...

Semoga murah rezeki awak. tak apa lah untuk tahun ni mungkin ada hikmahnya. b

Etuza said...

Tak apa , mohon tak mengeluh ya, sesungguhnya kita di uji. lalu kepada Allah kita memohon rahmat, mohon agar kembali kebebasan pergerakan apabila Allah angkat wabak melanda dunia. Kesihatan diri harus diutamakan ya

ejulz said...

Amin. Semoga keadaan pulih seperti biasa. Semoga dimurahkan rezeki..

At-Tarmizi said...

Warisan Petani betul,dah jadi baru semuanya

At-Tarmizi said...

Kak Wawa insya-Allah..amin. =)

At-Tarmizi said...

mrhanafi terima kasih.betul,moga cepatlah wabak ini berakhir

At-Tarmizi said...

Seorang Syed terima kasih kerana sudi singgah,insya-Allah nanti saya datang ke blog tuan pula =)

At-Tarmizi said...

Silah Hassy mudah-mudahan begitu,amin. =)

At-Tarmizi said...

Nana Liena terima kasih,harapnya begitulah..amin. =)

At-Tarmizi said...

Etuza baik cikgu,mudah-mudahan yang terbaik untuk kita semua =)

At-Tarmizi said...

Etuza harapnya begitulah,amin. =)

Hans Hanis said...

sedih gila tahun nih
beraya sorang
sob sob sob :_(

At-Tarmizi said...

Hans Hanis sabar lah bro

mamapp said...

Semoga kembali ke sebelum nya secepat mungkin

At-Tarmizi said...

mamapp harapnya begitulah,amin =)

Post a Comment