Saturday, February 2, 2019

Cerpen: Kereta kancil, ekzos dan gelung getah

Cerpen: Kereta kancil,ekzos dan gelung getah warna hijau

Sudut parking sebuah taman usang..

Kelihatan sebuah kereta kancil warna putih berada dalam petak parking.
Suasana ketika itu agak sunyi dan tiada kereta lain waktu itu selain kereta kancil itu.

Seorang manusia sedang berada di dalam kereta kancil itu.Manusia yang sedang menghitung-hitung untuk melakukan satu perkara.

Perkara yang tak pernah terfikir untuk dilakukannya dahulu, semasa hidupnya belum meningkat dewasa.

Kini manusia itu sudah berada di dunia dewasa.Dunia yang baginya sukar diteruskan lagi.

Gelung getah warna hijau yang dibelinya dari sebuah kedai "hardware" digenggam erat dan dipandangnya dengan lama.

Kemudian disambungkan hos getah itu ke ekzos kereta kancil warna putih milik arwah bapanya itu.

Otaknya berfikir-fikir, antara yakin dan ragu, antara berhenti atau teruskan, antara tamatkan atau mulakan..

Dihembusnya nafas...

Peristiwa atau memori hidup yang dilaluinya kelihatan jelas...seakan satu skrin seperti dalam panggung wayang...

Perjalanan hidup yang dilaluinya dari kecil hinggalah sekarang, tidak pernah terlintas dalam fikirannya dahulu yang dia akan berada dalam situasi ini.

Berada di dalam kereta kancil warna putih,bersama hos paip hijau yang telah disambungkan ke ekzosnya.

Kegagalan yang dirasainya... benar-benar meruntuhkan semangat untuk hidup dalam dirinya.

Teruskan atau hentikan?

Teruskan sahaja perbuatan ini, atau hentikan, lalu kembali berjuang dalam hidup ini?

Hendak kembali ke perjuangan hidup, rasanya sudah banyak kali dia dikalahkan.

Sudah banyak kesilapan yang dilakukan.

Kadangkala, kesilapan yang sama turut dilakukan.

Jika dia meneruskan niat, pusing sahaja kunci kereta ini, telan pil tidur, maka dia akan menamatkan kisah hidup di atas dunia ini.

Tetapi,selepas itu,sudah benar-benar tamatkah kisah hidup diri?

Argh!!!

Jeritan kuat bergema dalam otaknya..

Direnung hampa kunci kereta.

Jiwanya rasa kosong.

Sekosong otaknya ketika ini.

Kosong.

Sunyi.

Hampa.

Senja makin menjadi malam.

Kereta kancil itu masih di situ.

Teruskan atau?

0 comments:

Post a Comment