Wednesday, November 29, 2017

Letih.

Image result for letih


Letih.
Ingin pejam mata,
Lupakan semua,
Biar masa tentukan segala,

Letih benar-benar letih.

Ingin lari,
Jauh-jauh daripada realiti
Alam khayal lebih menarik hati,

Letih benar-benar letih.

Khayal dalam sedar,
Sedar separa akal,
Realiti ini begitu mual,

Letih benar-benar letih.

Tak larat dah lagi,
Hidup bersimpang siur seperti ini,
Khayal,akal,sedar, mimpi,realiti,

Letih benar-benar letih
Letih benar-benar letih...
Belum hidup sudah terasa mati.

8 comments:

al-lavendari said...

apa masalahnya atau hanya sekadar khayalan penyair ?

Warisan Petani said...

kena ikut landasan yang telah ditetapkan.
In sya Allah, Allah sentiasa membantu.

At-Tarmizi said...

al-lavendari campur, sebahagiannya realiti penyair,sebahagian lagi khayalan penyair. =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani terima kasih, insya-Allah, amin. =)

PeRdU cINta said...

Jangan pernah letih mendekat PENCIPTA kerana nanti keletihan kerana duniawi akan menghindar sedikit demi sedikit.

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta insya-Allah, terima kasih atas peringatan =)

Etuza Etuza said...

Relexkan minda dengan zikir padaNya pasti jadi aman dan damai

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza insya-Allah, terima kasih Cikgu atas perkongsian =)

Post a Comment