Saturday, October 14, 2017

Koleksi Kegemaran

Assalaamualaikum w.b.t

Semua orang rasanya mempunyai kegemaran tersendiri. Seperti gemar mengumpul barangan antik, unik, ada juga yang gemar mengumpul barangan yang dijadikan koleksi tetapi sukar difahami tujuan koleksi itu. Contoh paling mudah, mak saya suka mengumpul pinggan dan dijadikan koleksi yang disimpan dalam almari. Sehingga ke harini, saya tidak faham, bukankah lebih elok sekiranya pinggan itu digunakan?

Okey, berbalik kepada koleksi kegemaran, saya juga mempunyai kegemaran untuk mengumpul komik, tapi bukanlah semua komik, yang spesifiknya ialah komik Jepun iaitu "Eyeshield 21", "Kisah Ahli Bomba-Asahina Daigo dan lain-lain lagi.

Image result for eyeshield21


Ringkasan komik "Eyeshield21" ialah mengenai seorang pelajar lemah yang selalu dibuli, Kobayakawa Sena, tetapi satu kebolehan beliau ialah mampu berlari dengan laju...jadi Sena yang pada awalnya menyertai Kelab Bola Sepak Amerika  Sekolah Tinggi Deimon,nama pasukan mereka, Deimon Devil Bats sebagai pengurus pasukan tetapi Sena kemudiannya telah menjadi sebagai seorang pemain penting dalam pasukan Deimon Devil Bats yang diasaskan oleh tiga pelajar senior, Hiruma Yoichi, Kurita Ryukan, serta Gen Musashi dan dilatih oleh jurulatih Doburaku Sensei...

Cerita ini memang seronok kerana merupakan komik mengenai sukan bolasepak Amerika, yang tak pernah main dan tak faham sukan ini(sayalah tu) pun akan jadi faham sikit-sikit lepas baca komik ini. 

Memang seronok komik ini, tetapi sukar sedikit nak jumpa komik ini di Malaysia...yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu...di Kinokuniya,KLCC ada komik ini, tetapi dalam bahasa Inggeris dan harganya kalau tak salah saya dalam 30 ringgit ke atas. Sekarang ini tengah usaha cari dalam facebook kalau ada yang berminat nak jual komik "Eyeshield 21 ini untuk saya lengkapkan koleksi komik ini.
Image may contain: people sitting and indoor
gambar ini bukan koleksi saya,saya ambil daripada grup jual beli komik, terliur tengok koleksi ini,

Satu lagi komik ialah Asahina Daigo atau Kisah Ahli Bomba....komik ini seperti tajuk dia ialah mengenai liku-liku cabaran yang dihadapi Asahina sebagai ahli bomba.... Asahina sebenarnya merupakan pelajar bermasalah di sekolah yang tidak mempunyai sebarang cita-cita dalam hidup, tetapi sebenarnya semasa kecil dia pernah diselamatkan oleh seorang ahli bomba semasa rumah Asahina terbakar.... Asahina sebenarnya hendak menyelamatkan anjing dia semasa kebakaran tersebut tetapi dia sendiri kemudiannya hampir mati akibat asap dan api yang marak tetapi mujur berjaya diselamatkan oleh ahli bomba lagenda tersebut. 

Image result for asahina daigo siren

Semenjak daripada peristiwa itu sebenarnya Asahina meletakkan cita-cita hendak menjadi ahli bomba cuma di sekolah dia dianggap sebagai pelajar bermasalah dan seolah-olah tidak mempunyai halatuju dalam hidup. Tetapi cikgu di sekolah beliau, Cik Ochiai telah berjaya merubah Asahina dan membuatkan Asahina kembali mengejar cita-citanya menjadi seorang ahli bomba.

Komik ini memang penuh dengan unsur suspen dan ada juga diselitkan unsur komedi, memang mendebarkan kalau baca komik ini...

Komik ini saya berjaya lengkapkan dengan membelinya daripada seorang kawan facebook dalam grup jual-beli komik...cuma bahasa Melayu yang digunakan dalam komik ini ialah bahasa pasar...jadi memang rasa kelakar sedikit bila baca dialog dalam komik ini.

Jadi komik merupakan antara koleksi kegemaran saya, lain orang lain minatnya, ada yang suka mengumpul novel, kalau yang minat artis tertentu, mereka akan mengumpul barangan seperti poster,album, baju dan lain-lain lagi yang akan menunjukkan minat mereka terhadap artis itu.

Perasaan bila dapat melengkapkan sesuatu koleksi itu merupakan satu kepuasan yang hanya pengumpul itu sendiri yang memahaminya....bagi orang lain mungkin kegemaran mereka mengumpul sesuatu hanya membuang masa dan wang ringgit tetapi bagi mereka ada sebab tersendiri sama ada koleksi itu dapat dijadikan pelaburan masa hadapan atau juga sebab lain yang hanya mereka sendiri mengerti.

Koleksi kegemaran anda pula? sudi-sudilah kongsi ya...mana tahu lepas ni saya berminat nak kumpul macam koleksi anda... =)

0 comments:

Post a Comment