Thursday, July 17, 2014

Pesan emak~ usahawan tidak seharusnya berjiwa sentimental....tetapi sangat sukar mengikut pesan ini



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Pada ketika ini,saya menolong emak menjalankan perniagaan menjual kerisik.......dan juga menjadi penjaja kecil di pasar borong....

Semasa menghantar kerisik ke sebuah kedai runcit....agak kecewa melihat sudah terdapat pihak lain yang menghantar kerisik walaupun emak saya merupakan peniaga pertama yang membekalkan kerisik terhadap kedai runcit tersebut........

Betapa sukar digambarkan perasaan saya ketika itu,sedih,kecewa,hampa,terkilan.....

Tetapi,emak saya masih begitu tenang................................

Selesai menyusun kerisik keluaran keluarga saya di kedai runcit tersebut..emak dan saya beredar pergi.....

Sepanjang perjalanan..saya menggeleng kepala berulang kali...kekecewaan begitu terasa melihat persaingan dalam perniagaan kerisik ini...

Saya masih baru menolong emak saya...sedangkan emak saya sudah memulakan perniagaan menjual dan membekal kerisik semenjak 2010 lagi........dan kini persaingan semakin menekan.........

Emak saya berpesan..................

"Seorang usahawan tidak seharusnya berjiwa seniman"

Barangkali emak saya menasihatkan supaya tidak terlalu sentimental..........

Dunia perniagaan merupakan dunia yang penuh dengan persaingan.........

Betapa sukar mengikut nasihat emak...kerana ianya memerlukan hati yang sangat tabah...

Tetapi perniagaan menjual dan membekal kerisik ini harus diteruskan dan dipertahankan...dan dikembangkan...dengan izin Nya..........

Saya bukan seorang yang berjiwa tabah...tetapi saya harap dan berdoa kepada Allah s.w.t moga saya mampu meneruskan dan mengembangkan perniagaan menjual dan membekal kerisik keluarga saya ini...

Moga ada manfaatnya "post" kali ini kepada kalian yang membaca "post" ini dan menjadi seorang yang tabah...kerana kalian HEBAT!!!

insya-Allah...

amin

0 comments:

Post a Comment