Sunday, December 19, 2010

Malaysia mara ke final AFF Cup

Assalamualaikum w.b.t

Tahniah dan syabas kepada pasukan Malaysia kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir setelah berjaya mengikat keputusan seri tanpa jaringan semasa bertemu Vietnam malam tadi sekaligus membolehkan skuad negara melangkah ke perlawanan akhir dengan agregat 2-0.

Hampir 14 tahun lamanya barulah skuad kebangsaan berjaya melangkah semula ke perlawanan akhir Piala AFF setelah kali terakhir melakukannya pada tahun 1996 tetapi tewas 1-0 kepada Thailand.

Ini ialah sedikit pandangan saya setelah menyaksikan perlawanan semalam:

Corak bertahan yang dilakukan Malaysia tampaknya berkesan untuk menyerap asakan daripada pasukan Vietnam dan penjaga gol Malaysia iaitu Khairul Fahmi Che Mat harus diberikan pujian kerana berjaya menyelamatkan serangan berbahaya Vietnam yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Malaysia juga memperolehi beberapa peluang yang baik untuk menjaringkan gol namun gagal disudahkan dengan sempurna.Antara pemain yang berpeluang menjaringkan gol bagi pasukan Malaysia ialah Syafiq Rahim dan Amri Yahya.

Apapun sekali lagi ucapan tahniah dan syabas kepada pasukan Malaysia kerana berjaya melangkah ke perlawanan akhir dan harapan saya semoga skuad kebangsaan ini menang di final sekaligus mencipta sejarah tersendiri,insya-Allah :P

p/s-Ulas macam terer main bola jer,padahal hampeh jer,hahaha :P

nak bacaan lebih lanjut klik sini-

right klik>open in new tab
Penantian 14 tahun berakhir

0 comments:

Post a Comment