Saturday, October 3, 2020

Makin membimbangkan

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Sekarang ni kes covid makin membimbangkan.

Berlaku peningkatan sehingga 300 kes.

Banyak faktor juga atas peningkatan tu.

Tetapi ramai yang marah sebab pilihan raya yang diadakan di negeri Sabah.

Khabarnya, banyak ahli politik atau pemimpin yang tak menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Sabah.

Entahlah,

Hendak cakap atau komen lebih-lebih,pun tak guna.

Perkara dah jadi.

Cuma yang merisaukan atau membimbangkan saya sekiranya kes covid ini terus meningkat sehingga terpaksa perintah berkurung semula. Lockdown kembali.

Jujurnya,habislah penjaja kecil seperti saya ni. Jenis bekerja sendiri,ada kerja ada gaji.pergi berjaja atau berniaga adalah pendapatan,kalau tak,tak adalah punca pendapatan.

Simpanan pun makin tak ada.

Saya rasa kalau berlaku PKP atau lockdown balik,mungkin pasar tempat saya berjaja ni ditutup sepenuhnya.

Haih..

Bukan itu sahaja,ramai yang akan hilang kerja,keluarga, yang sekaligus menyebabkan berlakunya peningkatan masalah tekanan emosi dalam kalangan masyarakat.

Tetapi itulah, mereka yang diatas adakah peduli golongan bawah ni?

Bilakah suara atau nasib golongan bawahan akan didengar?

Bila nak dekat pilihan raya,masa tu nak suruh salam cium tangan pun sangup rasanya.

Sedih,marah,kecewa,hampa semua ada bila saya menaip post ni.



Entahlah,

Jujurnya kalau berlaku PKP semula,saya sendiri akan rasa putus asa.

Nak cari makan tak boleh,nak bayar bil pakai apa?Simpanan pun tak berapa nak ada.

Moga turunlah kes covid ni.

Moga cepatlah penawar atau vaksin covid ditemui.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah..

amin.

9 comments:

Cuya said...

Moga perkara ini akan beransur pulih,
moga ada rezeki yang akan terus mengalir buat penjaja2 di luar sana juga..
Amin...

Harap mizi dapat bersabar dan teruskan berdoa.

Syaz Rahim said...

sesamalah kita terus patuh SOP

Cikgu Bada said...

Semoga semakin pulih..terus berdoa

Atie Zieya said...

bimbang sngt :( igtkan bakal terputus rupanya lagi byk

PeRdU cINta said...

Kalau semua orang betul-betul sedar inshaAllah boleh pulih..memang merisaukan.Terus berdoa dan patuhi SOP.

Shida Radzuan said...

itulah! bimbang juga,
moga terus patuh SOP.
stay safe!

dear anies said...

sy pn x tau nk ckp mcm mn... nk krg kn kes amik ms. tp nk bertambah kejap je... semua pihak terkesan. yg bekerja menanti saat dibuang...

mamapp said...

Mama pun Naik risau.. bykkan berdoa semoga cepat setel.masalah Dan kluster2 aktif

dear anies said...

harap kita sama2 jaga diri dan kesihatan

Post a Comment