Saturday, October 24, 2020

Resipi Pais Ikan Salmon Tempoyak

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Sedikit perkongsian resipi yang saya dapat masa tengok tv okey. Rancangannya kalau tak silap tajuk La Fusion. Nama cef yang jadi hos program tu saya tak ingat pula.

Saya suka tengok rancangan memasak ni walaupun saya tak pandai masak.

Tak apalah, saya tengok resipi macam senang,sebab tak nak lupa saya share dekat blog saya ni.

Bahan-bahan.

Ikan Salmon, dalam 2 ketul isi ikan macam tu.

Tempoyak, 1 mangkuk

Bunga kantan, 1 kuntum

Daun kunyit, 1 helai

Daun kesum, 1 tangkai

Daun kaduk, 1 helai

Kunyit hidup

Cili padi

Santan  1 mangkuk

Daun pisang. Daun pisang ni nak buat balut ikan tu nanti

 Cara nak buat:

Mula-mula sekali tumbuk kunyit basah dan cili api sampai lumat. 

Lepas tu potong halus bahan-bahan lain,daun kaduk,kesum,bunga kantan semua tulah kecuali daun pisang.

Satukan semua dalam mangkuk, kemudian masukkan kunyit dan cili padi yang ditumbuk tadi, lepas tu masukkan santan, lepas tu masukkan tempoyak. Kacau atau gaulkan. Akhir sekali masukkan garam dan gula sebagai perasa.

Lepas dah siap gaul semua dalam mangkuk, dah boleh gaulkan ke atas  ikan salmon.

Ikan salmon dah siap gaul, gunakan daun pisang sebagai pembalut,balut ikan salmon.

Panaskan minyak.

Letakkan ikan salmon yang dah dibalut tadi ke atas dapur yang dah dipanaskan minyak.

Tutup dengan tutup periuk atau apa-apa sahaja yang boleh untuk menutup ikan salmon.

Biarkan selama lebih kurang 10 ke 15 minit untuk ikan salmon tu masak.

Tutup api.

Dah siap pais ikan salmon tempoyak.

6 comments:

Syaz Rahim said...

hehe mesti sedap kan, sebab tu resepinya boleh masuk tv ;)

Warisan Petani said...

tentu sedap agaknya.

Atie Zieya said...

betul, walau tak pandai masak,rancangan masak ni best tgk sbb rasa mcm senang ja diorg masak

PeRdU cINta said...

wah menarik.

At-Tarmizi said...

terima kasih semua,saya belum try,nanti saya akan usahakan dan upload dekat you tube,insya-Allah..amin.

Dunia Zumal said...

Best ni. Nanti balik kg nak try buat

Post a Comment