Thursday, October 22, 2020

Umur 30

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.


Besok 23/10 merupakan hari lahir saya.

Maka umur saya sudah menjadi 30 tahun.

30 tahun umur yang sudah dipinjamkan tuhan.

Tetapi, rasa sedih sebab tiada apa yang boleh dibanggakan.

Tiada kerja tetap,tiada harta,tiada kemahiran,tiada apa-apa.

Mujur juga masih ada emak, sayangnya saya cuma menjadi anak yang tiada apa-apa.

Entah besok atau lusa,mungkin ajal saya tiba.

Merenung kembali 30 tahun yang sudah diberi ini, buat saya rasa sesal dan menyesal.



Memang banyak umur yang sudah disia-sia kan.

Memikirkan 30 tahun kedepan buat saya berasa sayu.

Bagaimana agaknya hidup saya nanti?

Segala yang dicita tak pernah menjadi.

Entahlah...

Mohon maaf atas luahan rasa ini.

Saya memang manusia yang lemah.

Sudah banyak kali kalah dan mengalah.

30 tahun yang sudah berlalu.

12 comments:

Cuya said...

Moga dikurniakan kesihatan ,dipertingkatkan keimanan dan ketakwaan.
Kalau kita usaha dan tawakal pada Allah,insha Allah akan dibantu Allah.
Jangan bersedih, fikirkanlah nikmat yang Allah telah bagi pada kita harini untuk kita syukuri.Boleh tulis semua nikmat kita dah dapat
:)

nona sani said...

Selamat hari lahir, semoga segala doa termakbul. Jangan putus asa ya..Allah dengar doa hambaNYA dan mengetahui yang terbaik buat kita...Jalankan sebaiknya amanah yang diberikan..Hehee

Warisan Petani said...

Selamat hari jadi yang ke 30 tahun Tar.
Always be positif

dear anies said...

kita mungkin bukan yg terbaik pd semalam. tp kita boleh pastikan hari ini lbh baik dr smlm. dan esok jika dipanjangkan usia, menjadi lbh baik dr hari ini. selamat hari lahir ke 30šŸŽ‚

Atie Zieya said...

kita sama umur!! hehee happy birthday!!!!

Syaz Rahim said...

Jangan fikir macam tu, tersentuh pula hati keibuan saya..huhu..
insyaallah, umur 30an ini umur emas, seronok tau umur 30an. Saya doakan semoga mizi mendapat rezeki maha lebat, amiinn

Marsya said...

test

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

sabar, kebahagiaan dah ada di depan mata mizi, masing masing ada dugaan masing masing.

kadang kita tengok orang ada segalanya, tapi sebaliknya, hidup mereka pun tak tenang, tiada kebahagiaan,

Mizi ada sesuatu yang orang lain tiada, percaya lah, yakin dan tawakal. Insha Allah.

cikguzim said...

Selamat hari lahir tarmizi...kena sentiasa kuat dan positif šŸ˜€

At-Tarmizi said...

terima kasih semua yang mendoakan =)

Dunia Zumal said...

Happy belated birthday. Selamat datang ke zaman 3 series. Semoga dipermudahkan segalanya buat Tarmizi k. Aamiin...

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal terima kasih.amin. =)

Post a Comment