Pagis

Monday, December 4, 2017

Tersalah beli tiket bas

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Image result for bas cartoon

Tersalah beli tiket bas,

Pernah tak mengalami perkara seperti ini?

Saya baru sahaja mengalaminya tadi...

Sepatutnya saya membeli tiket bas daripada Melaka ke Kuala Lumpur tetapi sebaliknya saya telah membeli tiket daripada Kuala Lumpur ke Melaka..

Saya tidak perasan perkara ini sehinggalah hendak menaiki bas, kemudiannya saya tersedar telah membuat kesilapan tersebut semasa membeli tiket bas secara online..

Saya tersedar perkara ini sebaik sahaja hendak menunjukkan tiket untuk menaiki bas...

Cemas juga, ditambah lagi tiket bas ke Kuala Lumpur telah habis dijual di semua kaunter...

Tiada apa yang boleh saya lakukan lagi, hendak menggunakan perkhidmatan grab, rasanya harganya agak mahal, apatah lagi hendak menggunakan perkhidmatan teksi...

Tiada pilihan lain saya terpaksa membeli tiket bas keesokkan harinya....

Cuai betul, barangkali semasa membeli tiket bas secara online saya bersikap sambil lewa sahaja sebab berasa saya sudah membiasa beli tiket bas secara online maka saya tidak akan melakukan kesilapan seperti ini...nampaknya sikap ini telah memakan diri saya sendiri...

Bukan sahaja saya telah kerugian masa malah wang ringgit dan tenaga akibat kecuaian saya sendiri...

Perkara ini mengingatkan saya kepada pesanan seorang senior kepada saya semasa di universiti dahulu, katanya " do not take things for granted"

Maksudnya "jangan ambil mudah sesuatu perkara sehingga akhirnya kita sendiri yang menyesal nanti"


Moga ada manfaatnya "post" kali ini....

insya-Allah...

amin.

11 comments:

Safirul Amar said...

Pernah salah beli tiket bas ke muar...padahal nak ke pekan kandang....danakhirnya tertidur di dalam bas...dan hampir sampai ke muar...lps tu telefon mak guna public phone.. .

Balik rumah kena lempang...haha

Aisya Ismail said...

Tak pernah salah beli tapi pernah tertinggal bas gara-gara taknak dengar pengumuman. Bas tukar platform.

Etuza Etuza said...

aduhai tebalik pula kan..cepat2 lah kembali ke kaunter tiket ..minta tukarkan ya

Etuza Etuza said...

kasihan pula kat blogger ni...sabar

Noor Azlan said...

Ada juga berlaku macam ni, lepas tu redha je la... huhu... salah saya sendiri tak check betul2...

Warisan Petani said...

Jadi pengajaran dan peringatan buat kita.
Dah lama tak naik bas.

At-Tarmizi said...

Safirul Amar lah, kesian, tak pasal-pasal kena lempang =)

At-Tarmizi said...

Aisya Ismail uish,bahaya...mujur tak jadi apa-apa =)

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza tak boleh tukar, memang dah polisi macam tu, kira hangus macam tu ja duit tiket tu, sabar jer lah =)

At-Tarmizi said...

Noor Azlan kadang bukan tak check, cuma benda memang nak jadi, redha jer lah =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani betul, semoga dijadikan pengajaran dan panduan buat kita =)

Post a Comment