Pagis

Tuesday, December 12, 2017

Belajar buat website guna Joomla 3

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Ahad lepas, saya berkesempatan menghadiri kelas membina laman web menggunakan Joomla 3 di UTC, Melaka.

Kelas ini diajar oleh blogger Safirul Amar Azmi, kelas ini merupakan kelas yang dianjurkan secara percuma oleh Kerajaan Negeri Melaka. 

bersama guru/blogger,En.Safirul Amar(duduk)


Seronok kelas ini, tambahan pula bagi mereka yang kurang pengetahuan cara-cara membina website, sebab dengan menggunakan Joomla ini, hendak membina laman web sudah tidak perlu pening kepala untuk belajar coding. Hanya perlu belajar serba sedikit cara meng"install" Joomla ini, kemudian sekiranya ada asas serba sedikit tentang HTML, maka ini dapat membantu kita dalam proses membina laman web yang kita inginkan.

Cuma semasa saya menghadiri kelas itu, saya masih lagi tidak berapa sihat, tetapi cuba jugalah gagahkan diri untuk menghadiri kelas ini. Ternyata banyak manfaat,ilmu dan maklumat yang saya perolehi dalam kelas ini.

Semasa dalam kelas ini, kami diajar cara meng"install" Joomla 3, XAMPP, cara letak calendar,slider,images,malah kami juga diajar untuk mereka bentuk banner menggunakan photoshop serta banyak lagi.

En.Safirul Amar juga bersungguh-sungguh membantu pelajar dalam kelas supaya tidak ada yang ketinggalan, dan memastikan di akhir seisi pembelajaran,peserta dapat menyiapkan satu laman web menggunakan Joomla.

Malah En.Safirul juga telah membuat satu group whatsapp bagi peserta yang menghadiri kelas ini, senanglah lepas ini kalau ada soalan ,atau apa-apa masalah yang dihadapi semasa cuba membina website. Boleh terus bertanya dalam group sahaja.

Akhir kata, terima kasih kepada blogger, En.Safirul Amar kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk berkongsi ilmu ini kepada kami semua.

Terima kasih juga kepada kerajaan negeri Melaka kerana sudi menganjurkan program seperti ini, semoga terus dikekalkan program seperti ini untuk tahun-tahun seterusnya...

peserta yang hadir ke kelas Joomla 3



Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah..

amin.

14 comments:

Amer Ridzuan said...

Alaaa rugi nya, MMU Melaka dekat dengan dengan UTC. Kalau tahu boleh pergi dah

Raydah said...

bestnye

Safirul Amar said...

Hihi...ok. all the best and good luck

Etuza Etuza said...

Asalam..aik bersama dengan Otai Blog Saf..alamak cemburu saya hehehe

Etuza Etuza said...

Rupanya anda dekat2 sekali dengan blogger hebat Saf ni..kirimsalam kat dia ya

Abam Kie said...

Assalamualaikum. Tahniah diucapkan kepada anda kerana telah memenangi satu hadiah di dalam SPM Fever Giveway. Untuk maklumat lanjut dan cara menuntut hadiah tersebut, sila klik pautan di bawah. Tawaran ini sah sehingga 11.59 p.m. 16 November 2017 (Sabtu). Terima kasih diatas kerjasama anda.

http://www.zukidin.com/2017/12/senarai-pemenang-spm-fever-giveaway.html

mamapp said...

Bagusnya.. dapat ilmu yg best free Pula tu

At-Tarmizi said...

Amer Ridzuan Owh, belajar dekat MMU ke bro? dulu saya pernah training SL1M dekat situ =)

At-Tarmizi said...

Raydah memang best =)

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza tak tahulah dekat ke tak, insya-Allah, jika berjumpa lagi nanti =)

At-Tarmizi said...

Abam Kie walaikumsalam Cikgu, alhamdulillah, ada juga rezeki saya nampaknya =)

At-Tarmizi said...

mamapp ya, moga program seperti ini dapat diteruskan lagi =)

Shahida Dzulkafli said...

Program yang sangat menarik..

At-Tarmizi said...

Shahida Dzulkafli memang menarik =)

Post a Comment