Sunday, December 31, 2017

Azam 2018

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Sudah habis tahun 2017,

Kini memasuki tahun 2018,

Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2017 ini.

Ada yang menarik,manis,tidak menarik,tidak manis dan sebagainya...biasalah...

Tahun 2018,suka tak suka akan datang juga...

Jujurnya, saya tiada azam atau impian yang besar..

Azam saya dalam 2018:

Besar kemungkinan habis skim latihan 1 Malaysia (SL1M-PNB), dan akan mencari kerja kembali.

Jadi, saya harap 2018,saya dapat Cari kerja>dapat kerja>kekal kerja...

Jika tidak,kembali semula balik ke rumah emak di kampung,di Melaka..sekarang tengah join SL1M di Kuala Lumpur..

Ambil alih kembali tugas emak saya berjaja kecil-kecilan di pasar borong,menjual kerisik,ulam dan sayuran kampung. Maka harapnya dapat bertabah dengan kata-kata sinis dan persepsi orang lain.

Moga saya dapat memajukan perniagaan ini,perancangan saya dalam memajukan perniagaan emak saya ini ialah menjual kerisik dalam Facebook...

Seterusnya dapat memandu kereta,sudah lama lesen memandu diperolehi,tetapi masih tidak mahir membawa kereta..harapnya saya dapat mengatasi kelemahan ini...jadi dapatlah saya memajukan diri dan perniagaan saya.

Saya berharap dapat memulakan sebuah perniagaan menjual komik atas talian,moga dapat dimulakan,

Saya juga berharap dan berdoa supaya sakit belakang yang dihidap bertahun lamanya dapat sembuh supaya saya dapat melakukan kerja agak lasak dan kembali selesa untuk tidur.

Sebagai seorang blogger, azam atau perancangan saya mudah, lebih kerap update blog dan rajin join giveaway...

Selain itu,saya berharap dalam 2018,saya dapat mengurangkan berat badan..mungkin dengan kurang minum air manis dan lebih minum air suam.

Saya juga berharap dapat membuat walaupun cuma sekeping roti canai tetapi dapat menebarnya dengan baik... benar-benar jadi sekeping roti canai yang boleh dimakan.

Banyak lagi sebenarnya,ini yang terlintas buat masa ini.

Moga segala yang saya tulis dalam "post" ini mampu saya mulakan dan capai.

Semoga diperkenankan oleh-Nya...

insya-Allah, Amin...

10 comments:

Dunia Zumal said...

Selamat tahun baru 2018 Tarmizi, moga harapan dan cita-cita itu termakbul pada tahun ini...

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal Selamt tahun baru Dunia Zumal,terima kasih,semoga harapan dan cita-cita kita semua tercapai, insya-Allah...amin. =)

Etuza Etuza said...

Etuza rasa sayu hati membaca entri ni. begitu baik anak ni..sejuk perut ibu ngandugkan At tarmizi..teruskan usaha ya membantu ibu..bijak lah rancang kewangan ya..semoga Allah mudahkan rezeki. aamiin.

Nurulatika Yunus said...

Assalamualaikum~
InsyaAllah semoga azam terlaksana. Sy doakan semoga Allah permudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik. Take care of your health :) Wish you all the best in ur life. Tak apa susah2 dahulu, senang2 semudian, semoga terus tabah & kuat menghadapi dugaan dan cabaran hidup.

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza terima kasih cikgu, insya-Allah..doakan saya berjaya. amin =)

At-Tarmizi said...

Nurulatika Yunus walaikumsalam..terima kasih,insya-Allah..saya juga doakan supaya semua yang membaca atau terbaca blog ni juga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik. amin =)

Haziq said...

Selamat tahun baru 2018 tuan. Saya doakan tuan berjaya mencapai walau apa pun yang tuan impikan dalam hidup ini. Mungkin kita tak pernah bersua muka, tapi jauh di sudut hati saya, saya amat mengagumi ketabahan dan semangat tuan mengharungi liku-liku hidup berdasarkan post-post tuan dalam blog ini. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya InsyaAllah..

At-Tarmizi said...

Haziq selamat tahun baru 2018 juga tuan. Terima kasih tuan, mungkin satu hari nanti kita dapat bersua muka, saya cuma manusia biasa, moga apa yang saya tulis sedikit sebanyak ada manfaatnya kepada diri saya dan kepada mereka yang membaca atau terbaca blog saya ini.Saya juga doakan Tuan diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat-Nya...amin. =)

Shahida Dzulkafli said...

Sha doakan semoga semua azam saudara akan tercapai dan dipermudahkan urusan saudara.. Aamiin..

At-Tarmizi said...

Shahida Dzulkafli terima kasih, insya-Allah...amin =)

Post a Comment