Pagis

Sunday, December 17, 2017

Drama Tipu Kita




DRAMA TIPU KITA

Dalam drama Melayu terdapat banyak nilai yang tidak sihat. Walau ia drama ia tetap melekat diminda kita sepanjang masa.

1. Anak muda dalam drama hidup kaya raya, mereka tak bayar PTPTN ka?

2. Rumah mesti bunglo ada kolam mandi 7 depa, itu belum tunjuk orang gaji ada 5.

3. Projek juta ria saja, mesti sebut 'Holding Company'

4. Dato dan Tan Sri mesti ada dalam dialog mereka.

5. Orang kaya itu jahat sifatnya, mesti ada dengki sesama mereka. Nak masuk neraka ka?

6. Bulu mata lentik mesti pakai walau dalam bilik tidur dan bilik mandi.

7. Jika berhijab waktu tidur masih pakai juga, memang tidur pakai tudung fatwa baru kebangsaan?

8. Lelaki pegang wanita itu tiada salahnya, adengan romantik katanya.

9. Aktiviti shopping sepanjang masa,mesti bawak beg shopping kemana mana

10. Kerja mudah tapi kaya raya, buka file sikit tapi bawa kereka BMW dan Audi punya

11. Tiada kereta Proton Saga dan Produa

12. Bercuti mesti keluar negara,bukan pantai Merdeka

13. Belanja mewah itu biasa

14. Mak ayah mesti kaya raya tak ingat dunia

15. Acara kahwin mesti meriah giler, macam hidup dalam istana

16. Mesti ada pendengki dalam mana mana organisasi.

17. Mengumpat itu pasti

18. Temanya hanya Cinta, cinta, cinta, cinta dan cinta lagi.

19. Bila jadi bos mesti garang giler. Nak hempas meja sahaja.

20. Waktu makan mesti ada dialong mewah dan gaduh punya, perut tak lapar ka?

Banyak nilai salah dalam drama kita, tiada nilai yang bina masyarakat sebenarnya.

Berhentilah tonton drama Melayu, ia sedang menghina pemikiran kita. Banyakkan baca buku dan sembang dengan anak anak.

Kurangkan drama dalam hidup kita.

Abah Qilah Bukan Drama

#NasibBaikNelopahHanyaDiAstora
#BanyakkanMembaca
#JanganBerdramaDalamHidup
#JimatZamanGawat


perkongsian daripada Doktor Azizul Azli Ahmad

14 comments:

Etuza Etuza said...

Alamak macam betul ja kan Mizi..ialah berlakon itu wajah masyarakat tapi ada yang lebih2 ..

PeRdU cINta said...

Harus bijak memilih dan mencontohi...

Warisan Petani said...

Jarang2 ada drama tentang kisah2 pahit getir orang kampung yang real.

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza tulah, harap dibanyakkan drama pasal realiti masyarakat

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta setuju =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani tulah, mungkin drama seperti itu kurang dapat sambutan

zonaku said...

salam singgah.. sekadar isi masa senggang usai tugasan pejabat boleh la.. kurang sesuai andai nak dijadikan contoh teladan.

At-Tarmizi said...

zonaku terima kasih sudi singgah =)

Safirul Amar said...

drama sekarang berbeza dengan drama dulu dulu

At-Tarmizi said...

Safirul Amar ya, rasanya dulu banyak drama persilatan..memang seronok =)

Dunia Zumal said...

Drama sangat. Hehehe

Shahida Dzulkafli said...

Setuju sangat.. Sebab tu tak tonton drama melayu.. Lebih suka membaca..

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal sangat =)

At-Tarmizi said...

Shahida Dzulkafli betul, membaca ni seronok =)

Post a Comment