Tuesday, January 30, 2018

Azam 2018-part 1: Simpanan dan Belanja

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..



Gambar di atas adalah azam 2018 yang ingin saya capai.

Menulis di atas kertas memang agak mudah berbanding merealisasikannya..

Azam saya yang paling utama, adalah azam yang saya letakkan atas sekali, cari kerja>dapat kerja>kekal kerja...tapi hakikatnya...sudah bertahun-tahun azam ini saya letakkan..ternyata susah nak dijadikan realiti, hakikatnya sehingga kini saya mencari-cari kerja, malah kerap kali juga berhenti kerja kerana tidak tahan tekanan...

Saya letakkan juga azam bagi simpanan saya untuk tahun 2018 ini, "target" saya untuk tahun 2018 ini, saya dapat meningkatkan sedikit simpanan saya di ASB 1, membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera, meningkatkan simpanan saya di ASB 2~saya dapat RM 10 percuma untuk pembukaan akaun ASB 2 semasa menyertai Seminar Kewangan di PNB, jadi saya letak sasaran bagi ASB 2 ,sekurangnya saya berjaya meningkatkan jumlah simpanan daripada nilai puluh kepada ratus...mudah-mudahan dividen ASB 2 bulan 3 nanti boleh saya bayar duit hidupkan insurans motorsikal saya...

Image result for skim prs 2018
sumber:https://www.ppa.my/prs-youth/prs-youth-incentive/

Saya juga berdoa semoga saya dapat inisiatif RM 1,000 daripada kerajaan sekiranya jumlah simpanan Skim Persaraan Swasta (PRS) saya telah berjumlah RM 1,000, jadi akaun PRS saya akan jadi RM 1,000 + RM 1,000 inisiatif kerajaan untuk belia berumur bawah 30 tahun, dan tak silap saya inisiatif ini hanya sampai 2018 sahaja... saya bercadang membiarkan sahaja PRS ini sampai umur saya 55 tahun...simpan RM 2,000 dan biar sahaja sehingga sampai umur saya pencen. Ini merupakan simpanan alternatif selain KWSP...

Bagi KWSP pula, setakat ini saya tidak ada caruman tambahan kerana sebagai pelatih SL1M kami tidak ada caruman KWSP sebaliknya diberi elaun. Mungkin selepas ini saya akan kembali bekerja sendiri maka akan mencarum KWSP sendiri sahaja....moga bila saya tua nanti ada sedikit duit untuk saya meneruskan sisa-sisa hidup.

Manakala belanjawan saya bagi tahun 2018 turut saya tulis sebagai tanda peringatan kepada diri saya.

sewa bilik-sepanjang tempoh saya menyewa bilik di Kuala Lumpur kerana menyertai program SL1M...lebih kurang 10 bulan, maka 10 bulan darab dengan sewa bilik,RM 200(sebulan): 10x200= RM 2,000

grab- saya lupa nak tulis, tapi setakat hari ini, sepanjang saya menggunakan grab selama saya duduk di Kuala Lumpur,lebih kurang 10 bulan, hampir RM 800 juga saya telah belanjakan...

tiket Touch n Go, lupa nak tulis juga, tapi sepanjang saya menggunakan perkhidmatan awam, LRT,MRT,Monorel..lebih kurang RM 2,000 juga saya telah belanjakan...

duit makan sepanjang saya berada di sini, anggaran kasarnya lebih kurang RM 20 ke atas sehari untuk makan dan minum pagi,tengahari dan malam...tapi kebiasannya bos saya En.Alias b.Daud akan belanja kami pelatih SL1M makan,maka dapatlah kami jimat duit makan, dan sekarang ini saya lebih kerap tidur di pejabat sahaja untuk menjimatkan perbelanjaan saya... lebih kurang belanja duit makan dan minum saya selama 10 bulan berada di sini, secara kasarnya RM 5,000+++ untuk makan dan minum selama 10 bulan tinggal menyewa di Kuala Lumpur.

Image result for xiaomi redmi 4a
sumber:google images

saya juga telah membeli handset baru, semasa bulan ke dua  berada di sini kerana handset lama saya masuk air, saya ingat handset tersebut telah rosak dan telah membuat pembelian panik, RM 500 untuk handset Xiaomi Redmi...

tempoh 2 bulan pertama, saya juga kerap bermain futsal, setiap kali bermain, maka kosnya lebih kurang RM 10 ke atas bagi sekali main futsal, termasuk kos lepak dan minum bersama kenalan selepas habis bermain futsal..

Ok, ini antara perkara-perkara yang saya lupa tulis, cuma semasa menaip ini, tiba-tiba sahaja perkara dan belanjawan sepanjang tempoh saya berada di Kuala Lumpur ini terlintas...

Seterusnya, belanjawan yang saya tulis ialah seperti PRS, sekarang ini PRS saya baru ada RM 100 lebih, saya kena usahakan dapat lagi RM 900...

Saya juga bercadang nak menukar "sport-rim" motorsikal dan anggaran yang diberi tauke kedai ialah antara RM 300 hingga RM 400, saya harus menukar sport rim motorsikal saya kerana rim saya sudah bengkok teruk dan kerapkali tiub motor saya bocor di tengah jalan...

Saya juga ada letak lesen memandu RM 100, kerana lesen memandu saya akan tamat tempoh dalam tahun ini, belajar membawa kereta RM150, kerana saya harus mencari guru untuk mengajar saya memandu kembali sebab saya harus memahirkan diri membawa kereta supaya kereta yang terdapat di rumah keluarga saya di Melaka tidak terbiar begitu sahaja...saya anggarkan lebih kurang RM 150 kerana satu seisi pembelajaran, cajnya ialah RM 30,maka saya berharap dengan lebih kurang 5 kali seisi belajar, maka saya lebih mahir dan berani membawa kereta....

Image result for iv mist
sumber:google images

Pencuci muka, sebenarnya sudah pelbagai produk saya cuba tetapi tidak sesuai dengan kulit saya, cuma baru-baru ini saya telah membeli produk IV Mist daripada Abang Long atau Mohd Feroz Zaini,penulis buku Aku,Dia & Rezeki,selain daripada menjadi penulis, Abang Long juga ada menjual dadih dan IV Mist...harapnya sesuailah dengan wajah saya...dan hilangnya jerawat daripada muka saya...

Ok, saya berhenti dahulu "post" ini, nanti insya-Allah...akan saya sambung lagi dan berkongsi perkara nak dibuat oleh saya dalam tahun 2018 ini...


Mohon doa kalian supaya azam saya tercapai dan saya juga doakan mereka yang membaca atau terbaca "post" ini berjaya mencapai azam mereka...

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.

Sunday, January 28, 2018

Pertama kali

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Image result for first time
sumber:google images


Pertama kali, ingat tak bila pertama kali kita buat sesuatu,makan sesuatu,pergi ke sesuatu tempat pertama kali?

Contohnya, pertama kali belajar menaiki basikal,pertama kali belajar naik motor,pertama kali belajar bawa kereta... boleh ingat lagi pengalaman pertama kali macam ni kan?

Tapi ada juga pertama kali yang sukar nak ingat balik, contohnya pertama kali belajar berjalan,meniarap, merangkak dan sebagainya...

Pertama kali, ya,banyak perkara atau pengalaman pertama kali yang kita akan lalui...

Secara jujur, saya tidak pandai makan atau pesan makanan "fast-food" seperti pizza dan sebagainya..

Cuma beberapa kali sahaja saya pernah makan pizza..

Cuma baru-baru ini, bos saya telah belanja semua staff makan pizza dan meminta pendapat saya,saya jawab sahaja dengan jujur, saya tidak biasa "order" pizza atau makan pizza, jadi saya tidak tahu untuk memberi sebarang pendapat atau pandangan.

Reaksi yang diterima daripada staff lain? mereka memberi pandangan simpati..berasa kasihan agaknya terhadap saya kerana tidak tahu jenis-jenis pizza yang dijual...saya yakin staff lain tidak ada niat nak menyinggung perasaan saya,cuma ianya reaksi spontan bila di zaman seperti ini, ada juga mereka yang tidak tahu membuat pesanan pizza lebih-lebih lagi bagi golongan berumur 20-an sepeti saya...

Saya memang terasa agak malu juga sebenarnya bila mendapat respon seperti itu...

Saya jarang makan pizza sebab kadang-kala bila makan pizza,ada ketika susah untuk saya membiasakan tekak saya dengan rasa pizza tersebut.

Saya berterima kasih kepada bos saya kerana sudi belanja saya dan staff lain dominos pizza, memang sedap, tidak melekit....

Bila difikir kembali, rasanya ini pengalaman pertama saya makan dominos pizza, sebab rasanya saya hanya pernah rasa pizza daripada pizza hut...

Banyak pengalaman pertama kali dalam hidup yang kita akan lalui dan merasainya..contohnya pengalaman pertama kali saya naik MRT.,LRT, kapal terbang, pergi lapangan terbang, buat tempahan grab, pergi interview kerja, pertama kali rasa dominos pizza, makan macaroni, makan oglio, dunkin donuts, pertama kali pesan makanan di KFC,Mc Donald's, naik feri, dan pelbagai lagi peristiwa pertama kali yang saya lalui dan akan lalui di masa akan datang.

Sudah pasti semasa pertama kali melakukan perkara asing bagi diri sendiri,sudah tentu mengharapkan sokongan dan bukannya kata-kata sinis yang hanya akan menyebabkan sesorang itu berasa rendah diri....

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.

Saturday, January 27, 2018

"Giveaway : Pelukis Jalanan & Arkitek Jalanan by stnrsyfh"

klik banner untuk join =)

Friday, January 26, 2018

'GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM'.

klik banner untuk join =)



Wednesday, January 24, 2018

Pok Ya Cong Code

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Jom tonton cerita Melayu yang bukannya berkonsepkan kisah cinta, anak muda kerja CEO dan sebagainya..cerita yang lain daripada kebiasaan.. tahniah kepada Sabri Yunus...kerana berjaya menghasilkan cerita seperti ini...

Jom tonton sebagai tanda sokongan ~




Image result for pok ya cong codei


SINOPSIS POK YA CONG CODEI

Pok Ya merupakan seorang samseng gedebe di Kelantan. Dia mendapat tugasan untuk mencari anak seorang peniaga yang diculik di Kuala Lumpu

sumber:http://www.kelimerah.com/2018/01/telemovie-pok-ya-cong-codeilakonan.html#.WmhSSqiWaM8

Monday, January 22, 2018

Asif & Tar




 tips kewangan klik >sini<

Seminar Pelaburan 360 Hari 1 Malaysia

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri seminar pelaburan yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), nama seminar tersebut ialah "Seminar Pelaburan 360 Hari 1 Malaysia" bertempat di menara PNB,kalau tak silap saya lah...berdekatan dengan Lrt Ampang Park.

Penceramah sedang berkongsi ilmu dan maklumat

Seminar ini merupakan seminar asas bagi pengurusan kewangan dan pelaburan. Jadi seminar ini memang banyak berkongsi perkara-perkara asas seperti asas mengurus kewangan, cara mengenalpasti sesebuah skim itu sah atau tidak, dan asas-asas tentang produk yang lain selain daripada ASB 1 dan ASB 2 contohnya Amanah Saham 1 Malaysia, Amanah Saham Didik, Amanah Saham Wawasan 2020 dan banyak lagi.

Jujurnya, seminar ini tidak sesuai bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang pinjaman ASB, kerana perkara ini tidak diterangkan dengan lebih terperinci dalam seminar ini.

Setiap peserta diberi sijil penyertaan

Analogi bagi seminar ini ialah seperti asas bermain bola sepak, kebiasaannya semua orang tahu bermain bola sepak, tetapi asas untuk bermain bola sepak seperti cara menahan bola,cara menendang,cara bertahan,cara menyerang, cara membaca corak permainan,cara mengawal bola..perkara-perkara asas seperti ini harus dikuasai dan mahir terlebih dahulu sekiranya ingin bermain bola sepak dengan lebih baik. Begitulah analogi bagi seminar ini, seminar ini akan menerangkan asas-asas cara mengurus kewangan dan asas-asas pelaburan terlebih dahulu bagi membolehkan seseorang itu mampu menguruskan kewangan dengan lebih baik dan berkesan nanti.

Saya juga ada bertanyakan soalan mengenai hibah amanah bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai hibah amanah ini, jadi kesimpulan yang saya dapat mengenai hibah amanah ini ialah:
  1. memudahkan urusan tuntutan wang ASB yang disimpan individu sekiranya meninggal dunia, maka duit tersebut akan mudah diberikan kepada penerima hibah..
  2. memastikan urusan tuntutan wang ASB tidak mengambil proses yang lama.
  3. supaya tidak berlaku krisis dan masalah isu hak wang ASB terhadap waris yang masih hidup.
  4. sekiranya penerima hibah telah mati terlebih dahulu, maka boleh ditukar kepada penerima hibah yang lain.
  5. hibah amanah juga tidak tertakluk kepada ASB sahahja sebaliknya kepada semua produk lain, contohnya Amanah Saham 1 Malaysia...boleh juga dibuat hibah Amanah..
Ilmu dan maklumat lain yang dapat saya kongsikan di sini ialah mengenai ADAM 50, ini khas kepada mereka yang bakal menerima cahaya mata pada tahun 2018 hingga 2022, maka akan mendapat dana tabungan permulaan sebanyak rm200 secara percuma.. boleh baca pasal ADAM 50 dekat sini ~ http://www.asnb.com.my/v3_/adam50.php

RM 10 secara percuma ke dalam akaun ASB

Menarik seminar ini, selain dapat menambah ilmu dan maklumat, peserta juga diberi sijil penyertaan,tambahan nilai sebanyak RM10 ke dalam akaun ASB secara percuma, siapa nak bagi rm10 percuma macam tu sahaja ya tak? dan peserta juga diberi  baucer McDonald's bernilai RM10, saya jarang beli McDonald's ni..tapi dah rezeki ambil sahaja lah...biasanya kalau ada orang belanja saya makan sahaja..tetapi nak beli sendiri tu saya jarang beli sebab isu Palestin-Israel.. 

Memang seronok dan bermanfaat seminar ini, mungkin lepas ini saya dah sukar nak datang ke seminar ini sebab akan pulang ke kampung, tetapi pengalaman dan ilmu yang diperolehi daripada seminar ini memang banyak manfaatnya...

Penduduk Lembah Klang ini banyak peluang yang dapat ya, ada seminar kewangan percuma,banyak kem-kem asas sukan yang dijalankan seperti asas bermain bola,badminton, seni bela diri,memanah,berenang dan lain-lain lagi, selain itu banyak juga aktiviti pemilihan terbuka seperti pemilihan pemain bola sepak dan lain-lain sukan.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.