Saturday, February 14, 2015

Dunia yang semakin tua dan tenat

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Dunia semakin tua dan tenat...

Tetapi masyarakat seolah-olah semakin muda dan hidup kekal sepanjang hayat.....

Semoga post ini ada manfaat...

                                               Image result for dunia semakin tua



insya-Allah...

amin.



Tuesday, February 10, 2015

Melihat semula mesej-mesej yang pernah dihantar

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

                                     
                                    

Hari ini melihat semula mesej-mesej yang pernah dihantar kepada kenalan dalam laman sosial...

Menyedari sesuatu,banyak kelemahan dan kesilapan yang dilakukan diri.......

Melihat mesej-mesej yang dihantar...terasa banyak melakukan perbuatan sia-sia

Malah.seolah-olah begitu gembira dalam menghantar mesej.....

Kini......terasa tidak bermaknanya mesej-mesej yang dihantar........

Malah,terdapat juga mesej yang dihantar kepada kawan semata-mata hanya ingin meminta pertolongan mereka........maafkan aku kawan.......

Mesej yang selalu dihantar menggambarkan diri seolah-olah seorang yang sungguh ceria....hakikatnya..diri ini sebaliknya...

Buat Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT!!! pasti kalian tidak akan menghantar mesej-mesej sia-sia...kerana itu Kalian-HEBAT!!!

insya-Allah...

amin.

Sunday, February 8, 2015

Ketawa untuk menyembunyikan kesedihan dalam diri

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                    


Selagi berkesempatan untuk menghiburkan hati,maka gunakanlah pesan seorang Pakcik Penjaja...

Mudah untuk berkata-kata......

Tetapi sukar sekali untuk menghiburkan hati jika mengalami perasaan sedih,kecewa dan rendah diri...

Pakcik Penjaja itu nampak biasa-biasa........

Menjaja sambil menaiki motorsikal.........tetapi khabarnya sudah memiliki kedai sendiri yang bukan sedikit harganya......

Diri ini,ketika ini,,,,,,,seringkali ketawa sendiri.......sebenarnya hanya untuk menyembunyikan kekecewaan yang besar dalam diri........hendak menangis juga tidak berguna kerana tidak akan mengubah sesuatu perkara.........

Kesedihan yang ditutup dengan ketawa........

Buat Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT~semoga dikurniakan kehidupan yang menghiburkan~

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini


insya-Allah...

amin.

Friday, February 6, 2015

Lagu untuk Emak..menangis bila dengar lagu ni


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Mengalir air mata masa mendengar lagu ni....

Emak merupakan satu anugerah berharga yang tidak ternilai harganya











Semoga ada manfaatnya "post"kali ini...

insya-Allah...

amin.

Tuesday, February 3, 2015

Jogging...usaha seterusnya dalam mengatasi masalah obesiti

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


                                 


Sudah masuk hari ke 31 dalam usaha mengatasi masalah obesiti...

Tetapi tidak menunjukkan perubahan yang postif.....malah berlaku sebaliknya......

Berkesempatan menimbang berat badan.....dan hasilnya sungguh mengecewakan...

Berat semakin bertambah.......

96.3 kg.......BMI ialah 35 ke atas......ternyata masih mengalami masalah obesiti.........

Tetapi jika dikaji dengan teliti.....

Puncanya silap sendiri...............

Pengambilan makanan tidak seimbang dengan senaman yang dilakukan................

Makan banyak tetapi senaman hanya 5 ke 10 minit sahaja..........malah sepanjang 31 hari ini....tidak banyak hari melakukan senaman..........bersemangat ketika di awal sahaja........tetapi semakin lama semakin tidak rajin melakukan senaman................

Sedih..........nampaknya usaha atau ikhtiar lain harus dilakukan..........

Perancangan seterusnya di bulan Februari ini ialah berjogging..........semasa kecil dahulu selalu berjogging bersama Along tetapi tidak lama........setelah Along melanjutkan pelajaran........aktiviti joggging dihentikan..........kemudian dilakukan sekejap ketika di sekolah menengah........kemudian lama tidak berjogging...........

Alasannya tidak minat berjogging....tetapi cukuplah alasan itu...........sekarang masa untuk melakukan sedikit perubahan........nikmat berjogging harus diberi kepada diri...........kerana hak badan untuk sihat dan mempunyai stamina..........

Kawan pernah mengajak untuk berjogging tetapi selalunya menolak..........kini saya pula yang mengajak.......tetapi sukar kawan memberi kerjasama atas faktor kerja............silap saya sendiri......kerana tidak pandai menggunakan masa dan peluang yang diberi Allah s.w.t

Berjogging kali ini dengan minda yang berbeza.......jika dahulu ingin berjogging kerana ingin memenangi perlumbaan lumba lari di sekolah.......malangnya tidak pernah menang dan selalu mendapat tempat tercorot...........kini berjogging melawan penyakit obesiti............

Sekiranya ada yang terbaca atau membaca "post" saya ini.........doakan semoga saya berjaya........

"Semoga ada manfaatnya post kali ini"

Insya-Allah...

amin.

Saturday, January 31, 2015

Lalang

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi

                                          

Lalang...

Jangan jadi lalang...

Pesan seorang teman istimewa kepadaku dulu.....cerita lama......

Ketika itu,tidak begitu endah kata-kata dia....

Tetapi ternyata.............setelah bertahun.....terasa bermaknanya pesan dia itu.....

Setelah melalui sedikit demi sedikit cerita hidup......benci mengakui......tetapi benar kata-kata dia itu....

Terkilan....sering terkilan......

Jika tidak terikut gaya hidup Angah dulu yang asyik menonton tv..mungkin tidak akan memakai cermin mata

Jika ikut nasihat Along dulu supaya rajin berjogging mungkin tidak mengalami masalah obesiti..

Jika mengikut nasihat emak supaya tidak berhenti tuisyen...mungkin tidak gagal subjek matematik....

Ini antara secebis kisah kekesalan aku....banyak lagi sebenarnya...........

Ikut...mengikut...

Mengikut gaya hidup angah,mengikut pengaruh kawan supaya ponteng kelas,mengikut gaya hidup kawan lain yang tidak ingin tuisyen......antara cebisan kekesalan hidup kerana menjadi lalang........

Salah siapa? salah diri sendiri.....ya....itu pasti.....aku diberi peluang untuk membuat pilihan......dan juga telah diberi nasihat dan pengajaran....."jangan jadi lalang" tetapi aku tidak ada keberanian untuk berdiri atas kaki sendiri

Aku tidak layak memberi nasihat kerana aku hidup seperti lalang......bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan hidup.........tetapi aku tulis post ini di blog aku kerana aku tidak mahu ada yang mengikut jejak langkah hidupku yang penuh dengan kekesalan.....kerana membuat keputusan berdasarkan pilihan hidup orang lain dan bukan kerana pilihan sendiri.....dan jika ada yang membaca,terbaca tulisan ku ini..... "hidup seperti lalang yang hanya mengikut arus angin sungguh menyedihkan"


semoga ada manfaatnya "post" kali ini

insya-Allah...

amin.

Monday, January 19, 2015

25 tahun

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

                                    

25 tahun umur... semakin hari semakin tua..semakin dekat dengan kematian.....

Tetapi,hidup terasa bosan.....tiada arah tuju dalam hidup........

Secara teori dalam minda sebelum ini........

Keluar universiti>berniaga>berjaya............

Hakikatnya.....

Keluar universiti>berniaga>masih belum berjaya....gagal,gagal dan terus gagal...................

Malah berniaga ini hanya nama...sekiranya dilihat daripada sisi berbeza..saya sebenarnya bekerja makan gaji dengan mak saya.....kerana perniagaan ini dimulakan oleh emak saya...saya hanya sekadar membantu dan diberi gaji...ianya menyedihkan bagi seseorang yang sudah berumur 25 tahun seperti saya.....

Pernah cuba berniaga sendiri tetapi tidak berjaya,merancang hendak menjaja juga tidak berjaya.......

Hidup saya..jika dikenang...penuh dengan gagal.......

Setiap kali emak menolong emak berniaga,dan setiap kali disoal "masih belum dapat kerja?" agak sukar untuk dijawab......

Masalah diri,masalah keluarga...tidak boleh diberitahu....barangkali ini alasan terbaik menutup kegagalan.......

Seingat saya,mereka yang sentiasa bertanya soalan masih belum dapat kerja dan memberi cadangan serta komentar bukanlah daripada golongan yang menghulur bantuan khususnya kewangan semasa saya mula hendak memasuki universiti.........tetapi kini mereka memberi cadangan seolah-olah saya pernah meminta bantuan mereka dan kini tiba masa untuk saya balas jasa mereka dengan mengikuti segala cakap mereka......

Seingat saya,cuma emak,along dan pakngah saya yang memberi bantuan kewangan semasa saya tidak ada duit di universiti.........dan mereka inilah yang berhak memberi komentar dalam perjalanan hidup saya.......

Sebaliknya.mereka yang sibuk menyuruh saya mencari kerja adalah daripada golongan yang tidak pernah muncul dalam kesusahan hidup khususnya kewangan semasa saya di univeristi......mereka sebaliknya lebih gemar bercakap tentang anak mereka yang bekerja besar dan menjawat jawatan tinggi........yang peliknya saya tidak pula bertanya atau berminat mengenai hidup anak mereka.......

Saya menulis kali ini kerana tiada tempat meluahkan......bercakap terus dengan mereka......hanya akan mendatangkan pergaduhan dengan saudara-mara.......

Lebih baik ditulis...disimpan......dan jika dizinkan Tuhan........dibaca semula kemudian nanti tulisan ini.........dan saya akan menyedari betapa inilah hidup........

"Manusia yang bertepuk tangan dan bersorak-sorai ketika kita jatuh adalah lebih ramai berbanding manusia yang sudi menghulur tangan kepada kita untuk bangun semula"

Umur sudah 25.............lagi 25 tahun tidak tahu rupa dan coraknya......yang pasti ianya dekat dan hampir.......tidak pernah jauh...........jika dizinkan oleh-Nya sehingga 25 tahun lagi

25 tahun..........................

Sekiranya ada yang membaca atau terbaca "post" ini.........doakan yang baik-baik dalam hidup saya....dan jika kalian berasa kecewa dalam hidup...ketahuilah ada insan seperti saya yang umurnya 25 tahun tetapi masih keliru dalam hidupnya....dan ingatlah bahawa "Kalian Hebat"


25 tahun lagi moga kita semua tersenyum bahagia sehingga menutup mata.........


insya-Allah...

amin.