Saturday, August 3, 2024
Monday, July 8, 2024
Kuiz Sejarah Tahun 4 (kemaskini)
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua..
Jom cuba jawab kuiz sejarah tahun 4 yang telah saya kemaskini dan dibuat dalam bentuk google form.
ni link dia~
https://forms.gle/W2JGrSSmWABn1Cr58
Selamat menjawab dan terima kasih kerana sudi menjawab kuiz ini =)
Tuesday, July 2, 2024
Jom jawab kuiz Sejarah Tahun 4 siri 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Tak ada apa nak update pasal blog, tapi baru-baru ini saya ada terbaca soalan latihan sejarah tahun 4 anak saudara saya..susah juga..
Lain betul ya silibus sukatan pelajaran sekarang ni. Seingat saya dahulu, sebagai salah seorang generasi 90an, tak ada subjek Sejarah semasa sekolah rendah, tetapi kalau tak silap ada subjek Kajian Tempatan.
Tetapi, yalah mungkin tujuannya supaya pelajar didedahkan dengan subjek sejarah dari awal lagi, sebab sekarang ni nak lulus SPM kena lulus subjek Sejarah selain daripada subjek Bahasa Melayu.
Jadi marilah cuba jawab soalan kuiz subjek Sejarah tahun 4 ni yang saya ambil daripada buku latihan Sejarah anak buah saya.
Tetapi, maaflah ya tak ada hadiah pun cuma saja nak uji minda kita tentang subjek Sejarah yang diajar daripada sekolah rendah lagi.
Marilah cuba jawab soalan ni. Jawapan nanti saya kongsikan.
Jom cuba jawab.
"Sejarah merupakan catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang berlaku masa lalu"
1. Siapakah sejarawan yang menyatakan pengertian
tersebut?
A.
Dr.Muhd Yusof Bin Ibrahim
B.
Ibnu Khaldun
C.
Herodotus
2. Apakah maksud sumber pertama?
A. Sumber sekunder
B. Sumber asal
C. Sumber yang telah dicetak
3. Antara berikut,yang manakah bukan sumber sekunder?
A. Ensiklopedia
B. Manuskrip
C. Akhbar
"Tapak kapal karam di laut"
4.Apakah kaedah yang sesuai untuk
mengkaji tinggalan sejarah tersebut?
A. Kaedah lawatan
B. Kaedah arkeologi maritim
C. Kaedah bertulis
5. Apakah maksud biodata diri?
A. Maklumat diri
B. Kejayaan akademik
C.Keturunan keluarga
6. Maklumat diri individu boleh didapati di dalam
I. My Kid
II. Sijil Kelahiran
III. kupon makanan
IV. kad perlancongan
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
7. Berikut
adalah perkara yang terdapat dalam sijil kelahiran kecuali
A. Jantina
B. Taraf kewarganegaraan
C. Maklumat persekolahan
8. Sekiranya Daniel tinggal bersama ibu,bapa, dua orang adik lelaki,datuk serta nenek, apakah jenis keluarga itu?
A.
Keluarga asas
B.Keluarga
kembangan
C.
Keluarga angkat
9. Apakah peranan penting seorang bapa?
A. Mengemas rumah
B. Menyiapkan kerja sekolah anak
C. Memenuhi keperluan asas keluarga
10. Apakah tanggungjawab seorang
anak?
I. Mencari nafkah
II. Belajar dengan rajin
III. Menjaga keselamatan keluarga
IV. Mendengar nasihat ibu bapa
A. I dan II
B. II dan IV
C. II dan III
Thursday, June 27, 2024
Hadiah Giveaway Dari Segmen Kotak Dari Ayu!
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...
Alhamdulillah...baru-baru ini hadiah giveaway Kotak Dari Ayu dah sampai...dah lama juga sebenarnya sampai,cuma saya baru ada masa sikit nak tulis pasal ni.
Hadiah yang saya dapat ialah sehelai sejadah dan seutas tasbih.
Sejadah sembahyang tu memang selesa, tebal. Bila guna tu rasa selesa dan lembut. Manakala hadiah tasbih tu saya bagi dekat mak saya. Seronok mak saya...
Terima kasih sekali lagi kepada Puan Syazni Rahim dan anaknya,Ayu sebab sudi anjur giveaway.
Moga-moga selepas ini akan bertambah lagi kenangan manis saya dalam dunia blogging ni.
Moga-moga yang baik sahaja untuk kita semua....
Insya-Allah...
Amin.
Tuesday, June 18, 2024
Thursday, June 6, 2024
Menang hadiah Giveaway Kotak Dari Ayu!
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...
Alhamdulillah...sudah lama saya tak menang apa-apa giveaway.
Tetapi ada rezeki saya nampaknya kali ini.
Saya antara tiga orang pemenang yang dipilih untuk menang hadiah giveaway Kotak Dari Ayu!
Tak tahu nak cakap atau tulis apa,sebab lama sangat dah rasanya tak menang apa-apa giveaway...
Syukur, bertambah lagi kenangan manis saya dalam berblogging ni...
Terima kasih juga kepada Puan Syazni Rahim dan anaknya Ayu.
Moga ada banyak lagi kenangan manis saya untuk terus berblogging.
Alhamdulillah...
Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...




