Tuesday, May 16, 2023
Monday, May 15, 2023
Thursday, May 4, 2023
Life is beautiful giveaway
Baik,antara syarat giveaway ni nak kena cerita pasal blog mumy ayu ni..
Cantik dan kemas blognya.. owner blog seorang wanita bekerjaya dan dalam masa sama dapat uruskan family dia..memang saya respect habis.
Semoga terus sukses dalam blog dan juga apa-apa jua sama ada kehidupan atau kerjaya.
Labels:
Blog
Tuesday, May 2, 2023
Seorang pakcik dan anaknya
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...
Tadi bawa abang saya pergi appointment hospital...selepas sebulan berehat sebab bulan puasa.
Macam biasa abang saya kena buat fisioterapi dan juga pemulihan carakerja...
Tapi tadi semasa teman abang saya di unit carakerja saya sempat berbual dengan seorang pakcik ni..
Dia bawa anak sebab kemalangan jalan raya tahun 2015...dah lapan tahun anak dia terbaring sahaja...
Kasihan... ikut cerita pakcik tu anak dia kemalangan semasa perjalanan balik ke rumah selepas selesai makan-makan dengan kawan dia...sebab nak masuk tahun akhir diploma..ambil kursus chef..
Perjalanan balik tu anak pakcik ni kena rempuh dengan kereta...
Teruk kata pakcik tu...
Sekarang anak dia terbaring sahaja...datang hospital sebab tangan anak dia susah nak buka...
Anak dia tak ingat dan tak boleh bercakap...
Bila tengok keadaan anak pakcik tu saya rasa sebak ...daripada seorang yang sihat..muda,umur baru 20- an...nak jadi chef...kini terbaring sahaja...
Buat saya rasa syukur sebab Allah s.w.t masih bagi saya kesihatan untuk berjalan...pergi berjaja...
Esok lusa tak tahulah keadaan saya macam mana...
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...
Insya-Allah...
Amin.
Labels:
Tarmizi menulis
Saturday, April 29, 2023
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444 Hijrah
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Selamat menyambut hari Aidilfitri tahun 1444 Hijrah...
Mohon maaf atas segala kesilapan dalam penulisan atau ada post yang mungkin menyinggung perasaan.
Raya sama sahaja macam biasa...
Cuma tahun ni ada terasa sedikit bila teringat arwah abang kedua saya,angah.
Sebab selalu masa hari Raya ,angah akan selalu ajak pergi melawat rumah mak-mak saudara...
Tahun ni dah tak ada...dan tahun-tahun seterusnya juga saya rasa dah tak nak pergi..
Sebab selalu angah memang tak pernah miss pergi rumah mak-mak saudara...
Rasa sunyi.... kosong...
Tapi alhamdulillah,masa hari Jumaat sehari sebelum raya saya dapat ziarah kubur arwah abang ngah dan bapa saya..
Sebab saya ada dengar sebenarnya hari Raya bukan hari untuk bersedih di kubur sebaliknya hari untuk bergembira sebab dapat berpuasa selama sebulan ..
Tapi kalau hari itu sahaja free nak pergi kubur maka silakan...
Semoga arwah bapa dan angah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Mohon maaf atas segala kesilapan.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Insya-Allah...
Amin.
Labels:
Tarmizi menulis
Tuesday, April 18, 2023
Dah nak habis Ramadan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pejam celik sekejap sahaja dah nak habis Ramadan.
Tinggal beberapa hari lagi sebelum masuk bulan Syawal...
Moga Ramadan ini Ramadan yang terbaik untuk kita semua...
Moga segala amal yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t
Saya pun tak tahu tahun depan ada umur ke tak untuk menyambut bulan Ramadan lagi.
Sekiranya ini Ramadan terakhir bagi saya,harap sangat diampunkan segala dosa saya dan diterima puasa saya oleh Allah s.w.t
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...
Semoga kita dapat meneruskan puasa dalam bulan Ramadan ini yang hanya berbaki dua tiga hari lagi..
Moga segala urusan kita dipermudahkan dan moga doa kita semua diterima oleh Allah s.w.t
Insya-Allah...
Amin.
Labels:
Tarmizi menulis