Wednesday, November 9, 2022

Permudahkanlah urusan kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Minta tolong doa supaya urusan kami sekeluarga dipermudahkan.

Abang ketiga saya sudah kena keluar hospital..dah kena discaj.

Tetapi kami berdepan dengan kesukaran untuk menjaganya..

Emak sudah tidak larat lagi,faktor usia..dan saya pula ada masalah kesihatan..

Jiran atau saudara mara juga ada masalah masing-masing.

Sekarang ni tengah turun naik pejabat atau tempat yang dikatakan dapat memberi bantuan tetapi semuanya hampa..

Kebanyakkannya memberi cadangan supaya dimasukkan ke tempat penjagaan swasta tetapi manalah kami mampu..

Allahuakbar...

Jujurnya saya pun tak tahu nak buat apa lagi..

Tinggi kosnya sedangkan saya hanya bekerja sebagai penjaja..ini pun nak dekat sebulan saya tak berniaga..ulang alik hospital saja.

Emak merayu dekat hospital untuk abang saya diletakkan dalam jagaan pihak hospital untuk seketika.. tetapi manalah boleh lama sebab hospital kekurangan katil dan sebagainya..

Mohon doa semua urusan kami sekeluarga dipermudahkan ya.

Saya pun tak tahu nak buat apa.

Buntu rasanya..

Moga adalah jalan keluar daripada masalah ini.

Insya-Allah...

Amin.

Tuesday, November 8, 2022

Solat Sunat Gerhana

Friday, October 21, 2022

Mohon doa semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Nak minta  semua yang membaca atau terbaca post saya ni untuk mendoakan abang saya segera sembuh.

Abang cik atau abang nombor tiga saya sekarang berada di hospital.

Bangcik terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Motorsikal yang dinaiki telah melanggar/dilanggar atau terlanggar saya sendiri tak pasti...

Tapi melihat gambar whatsapp yang saya dapat teruk juga keadaan abang cik.

Semasa dibawa ke hospital keadaannya 50-50...

Sekarang ni bang cik telah dipindahkan ke wad icu...

Mohon doa semua yang membaca atau terbaca post saya ni untuk mendoakan abang cik saya diberi kesembuhan dan diberi kesihatan yang baik.

Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas segala jasa baik kalian. Saya hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

Amin.

Terima kasih.

Wednesday, October 19, 2022

Giveaway Contengan Cuya

Klik banner untuk join

Jika ada rezeki saya nak menang hadiah lukisan ni..


Nampak "Stylo"

Saturday, October 8, 2022

Salam Maulidur Rasul 1444 H

Thursday, September 22, 2022

Hadiah Giveaway dah sampai

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Lama tak tulis apa-apa dekat blog ni.

Sebab tak ada idea nak tulis apa.

Tapi semalam hadiah Giveaway yang saya menang daripada segment giveaway by ladydini dah sampai.

Alhamdulillah... Saya dapat hadiah tudung.

Cantik tudungnya..tak kan saya nak pakai pula..saya hadiahkan dekat nak saya.

Seronok mak saya.

Mak mana dapat,saya cakap menang hadiah kuiz..haha..

Terima kasih kepada ladydini yang sudi anjur segmen. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

Thursday, September 8, 2022

Demam

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Bulan September dah ya.

Sekejap masa berlalu. Dah nak masuk tahun 2023.

Baru masuk bulan 9, saya dah demam.

Mungkin faktor cuaca, sekejap panas sekejap hujan di Melaka ni.

Tahu-tahu sahaja badan jadi tak selesa dan akhirnya demam.

Tapi saya memang dari sekolah dulu pun,antibodi tak kuat. Sering diserang demam.

Sekarang ni kepala pening dan batuk-batuk.

Tak selesa dibuatnya.

Tapi nak buat macam mana.

Sabar sahajalah...

Doakan semoga saya sihat ya.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.