Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sedikit perkongsian pengalaman yang pernah saya lalui.
Saya pernah duduk menyewa,duduk merantau. Tinggal beramai-ramai dalam rumah sewa.
Secara jujurnya,ada perkara yang kita nampak kecil tapi sangat memberi kesan kepada orang lain.
Contohnya, rancangan televisyen.Pernah terjadi ada kawan saya yang merajuk kerana tidak dapat menonton rancangan kegemarannya kerana kawan-kawan lain nak tengok cerita lain. Nampak kecil tapi merajuk lama juga kawan saya tu dengan kami semua.
Contoh lain, basuh pinggan selepas makan. Nampak seperti kecil tapi boleh menjadi hal besar. Kadang ada yang jenis lepas makan letak sahaja,mungkin dah terbiasa di rumah seperti tu. Bergaduh besar juga kami serumah dengan kawan jenis macam ni.
Jujurnya saya pun ada tabiat atau perangai yang ditegur kawan serumah.Paling saya ingat bila ditegur kawan sebab selalu susahkan dia. Pasal hal motor, saya memang tak mahir pasal motor,jadi selalu tanya kepada kawan saya ni. Lama-lama dia bosan dan marah kerana malas nak melayan soalan saya.
Banyak lagi saya rasa perkara yang nampak kecil tapi sebenarnya memberi kesan yang besar kepada orang lain.Jika ada yang membaca atau terbaca blog saya ini, boleh berkongsi pengalaman atau pendapat mengenai post saya ini.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
insya-Allah...
Amin.



