Saturday, July 7, 2018

Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway


klik banner untuk join =)

'GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP'



                                               nak join klik banner =)



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Follow blog SITIYANGMENAIP - tak disemak jujur pada diri sendiri
  3. Buat satu entry bertajuk 'GIVEAWAY SOUVENIRS BY SITIYANGMENAIP' - tag seorang saja rakan blogger dan link kembali pada entry INI sahaja
  4. Tinggalkan komen link entry penyertaan pada ruangan komen entry INI sahaja dan nyatakan 'team' pilihan korang (pilih satu sahaja) : #TeamMelbourne atau #TeamSydney
  5. Pemenang bertuah akan dipilih secara cabutan nombor penyertaan (draw lots)
  6. Cabutan penyertaan akan dilakukan mengikut kelompok 'team' yang dipilih

saya pilih  #TeamMelbourne 

saya tag fitrigiveaway


Friday, July 6, 2018

Betapa beruntungnya aku

Image result for sesuap nasi
sumber gambar:google images

Bila melihat mereka yang tiada tempat berteduh,
Rasa sayu dan syahdu,
Betapa beruntungnya aku,
Masih ada rumah emak untuk aku berlindung,
Daripada hujan dan panas.

Bila melihat mereka yang berjalan kaki,
Rasa sayu dan syahdu,
Betapa beruntungnya aku,
Motorsikal Honda Wave 100 aku masih berfungsi,
Memudahkan aku sampai ke destinasi.

Bila melihat mereka yang mengikat perut,
Rasa sayu dan syahdu,
Betapa beruntungnya aku,
Masih ada beras di rumah emak untuk dimasak,
Lauk ikan bersama kicap,
Insya-Allah, kenyang juga..

Bila melihat mereka yang tinggal seorang diri,
Rasa sayu dan syahdu,
Betapa beruntungnya aku,
Masih ada emak,abang,Pak Ngah sekeluarga dan Pak Busu,
Walaupun ada masanya bermasam muka dan bertengkar,
Tetapi moga hubungan keluarga tetap kekal.

Aku menulis coretan rasa ini bukan kerana mahu menjadi mulia,cuma untuk mengingat diri supaya berasa cukup dengan yang dimiliki sambil berusaha untuk mempertingkatkannya lagi.

Syukur ini bukan mudah,bukan sekadar menulis di mana-mana helaian kertas atau di mana sahaja..bukan sekadar diucap lidah...

Sudah pasti ada masanya cemburu dalam diri menguasai melihat mereka yang lebih berjaya dan mewah dalam hidup.

Tetapi moga dengan menulis ini boleh memberi peringatan kepada diri dan perkongsian kepada pembaca atau sesiapa sahaja yang membaca blog saya ini supaya bersyukur dengan yang dimiliki buat ketika ini.

Cakap memang mudah,nak buat payah...doakan supaya saya bersyukur dan saya juga mendoakan kita semua yang membaca post ini supaya rasa cukup dan berbahagia dengan hidup ini.

insya-Allah...

amin.

Thursday, July 5, 2018

Asif & Tar


70 % atau 30 %?


DrRizal Abu Bakar
 kereta mahal, laju dan high end hanya 30% kapasiti kereta diguna. 70% lain termasuk top speed dan kapasiti lain tidak diguna. Hanya cantik di atas kertas.
.
Lebih malang lagi kurang dari 30% masa kita diguna untuk memandu kereta.
.
3. Apabila kita memiliki rumah besar, hanya 30% dari ruang rumah kita lazimi. 70% lagi tidak dikunjungi.
.
4. Apabila pakaian kita penuh almari, hanya 30% yang selalu diguna. 70% hanya memenuhi ruang, sendatkan almari.
.
5. Kita bekerja dan bergaji, kurang dari 30% guna untuk diri sendiri. Lebih dari 70% untuk orang lain.
.
6. Apabila kita cari pahala 100% milik kita. Kecuali apabila kita mula mengumpat dan mengacum, membawang dan mengeji.
.
Pada hal dunia berdikit mencukupi. Pada hal akhirat berdikit harus dihindari.
.
#DrOtak
#Neuroversiti
#cocoOCOC

Tuesday, July 3, 2018

“SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ”

klik banner untuk join =)

Nyatakan kerja partime yang korang sedang buat / suka buat / dalam perancangan nak buat / sekiranya korang memerlukan pekerja partime dari kalangan blogger (Nyatakan sekiranya ada. Kalau tak ada abaikan ^_^)

1. bisnes makanan.
2. jual barang runcit
3. top up
4. jual barang basah-yang ini memang tengah buat
5. iklan/pengiklanan/review produk
6.yang berkaitan kemahiran..tapi malangnya saya tak jumpa lagi kemahiran saya
7. dropship.

dan macam-macam lagi..tapi sampai sekarang ini semua hanya angan-angan...hahaha =)

Sunday, July 1, 2018

Asif & Tar




terima kasih kepada farhanna jafri kerana memberi komen yang menjadi idea kepada kesinambungan lukisan asif&tar ini.




link komen farhanna jafri, terima kasih ya =)