Sunday, March 11, 2018

Panduan Asas Menjaja Kecil-Kecilan

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Sedikit perkongsian/tips atau panduan asas bagi mereka yang ingin menjalankan perniagaan kecil-kecilan...

Hasil tips atau panduan ini berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang saya membantu emak saya berjaja kecil-kecilan.

Tips/panduan menjaja kecil-kecilan.

1. catat duit yang keluar/masuk 
2. bawa duit syiling atau duit untuk pulang baki kepada customer
3. alas meja supaya meja kita nampak kemas
4.biasanya bila berniaga, ramai sahaja penjaja jual benda yang sama, rezeki masing-masing,tak perlu  dengki tengok barang mereka lebih laku.
5. asing duit berniaga dengan duit perbelanjaan harian.
6. beli payung untuk berniaga
7.modal kecil biasanya pulangannya pun kecil, sabar sahajalah..
8. ada buku nota kecil untuk urusan berjaja/perniagaan



Baiklah, saya kongsikan 8 sahaja dahulu tips berjaja kecil-kecilan ini.

Jujurnya, saya hanya menolong emak saya berjaja.

Tetapi tips dan panduan ini merupakan hasil pengalaman dan pemerhatian saya dalam membantu emak saya.

Kebiasaannya, kita hanya bersemangat pada peringkat permulaan sahaja,lepas tu dah malas nak teruskan..contoh catit urusan perniagaan kita itu, biasanya mula-mula sahaja kita semangat lepas tu buku tu pun hilang entah kemana...biasalah... jadi untuk mengelak masalah ini berlaku, kita buat perlahan-perlahan dahulu. Kita boleh tulis urusan perniagaan kita itu untuk tempoh seminggu dahulu, dah selesa,kita boleh "upgrade" tulis setiap hari pula. Konsisten itu yang lebih utama berbanding semangat membara yang hanya bertahan seminggu.

Moga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.

Friday, March 9, 2018

Harta orang tetap harta orang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Harta orang tetap harta orang.

Bila pinjam harta orang, kena ingat itu bukan harta kita.

Harta orang kena jaga, jangan pandai buat macam harta kita sendiri.

Bila kawan bagi pinjam laptop kena ingat itu harta dia.

                                                Image result for laptop
Bukan suka-suka boleh download program.

Download program yang kemudiannya menyebabkan laptop kawan boleh kena virus.

Harta sendiri tak apalah, laptop sendiri tak apalah, buatlah apa pun.

Harta kawan,laptop kawan, bukan boleh suka-suka hati.

Sudahnya, kawan kena bersusah payah nak kena format balik laptop dia.

Bila tak bagi nanti cakap macam-macam.

Mujurlah kawan tu dah malas nak buat perangai lama,

Ikut perangai dulu, dah geram sangat, ada yang kena tinju dekat muka,

Tapi fikir balik, masa pula nak layan orang macam ni.

Biarlah dia rasa bangga dengan diri sendiri.

Kawan tenang-tenang sahaja.

Kawan tu pun dah malas sebenarnya.

Hidup ini selagi tak kembali kepada pencipta,

Layan sahajalah..

Sampai masa nanti,

Semua yang hidup akan mati,

Tapi ini tulisan pesanan,

Jika ada membaca atau terbaca, ingat ya..

Harta kawan tetap harta kawan,

Tak boleh buat ikut suka hati,

Lainlah harta sendiri,

Ikut suka lah diri.

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.

Thursday, March 8, 2018

Cash Giveaway by FarhanaJafri

Klik banner untuk join =)

Wednesday, March 7, 2018

Sofa bed untuk emak



Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Saya teringin benar hendak membeli sofa bed untuk mak saya.

Emak saya mempunyai satu tabiat suka tidur tanpa beralas tilam, emak saya suka menonton tv sehingga tertidur.

Masalahnya emak saya tidak suka tidur beralas kerana hendak merasa sejuk. Risau juga sebab rasanya perbuatan ini tidak begitu sihat.

Saya bercadang hendak membeli sofa bed untuk emak saya.

Related image
sumber gambar:google images.
Sekarang ini dalam proses membuat tinjauan dahulu, survey harga, cari maklumat di internet dan sebagainya.

Jika tercapai hajat  ini, bolehlah emak saya tidur atas sofa bed sahaja nanti.  Baring-baring atas sofa bed tengok tv sehingga tertidur.

Bajet saya dalam RM 500 ke bawah. Saya tak pandai sangat membeli perabot, biasanya bila beli barang, saya pergi satu kedai, tengok barang yang saya nak beli, lepas beli terus balik.

Tapi kali ini, rasanya kena buat perbandingan di beberapa kedai perabot, atau mungkin buat belian "online" supaya saya benar-benar berpuas hati.

Setakat ini, saya rasa tertarik pula dengan gambar sofa bed yang saya jumpa di internet. Warna merah yang agak menarik minat saya.

Doakanlah supaya hasrat saya ini tercapai.

Doakanlah supaya emak saya sihat-sihat sahaja.

Saya juga mendoakan supaya sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini supaya sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja.

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.



Tuesday, March 6, 2018

Kawan Bukan Sahabat

Image result for alone

Ibu pernah pesan,
Beringat-ingat bila berkawan,
Boleh erat tapi usah terlalu rapat,
Takut nanti sendiri yang melarat.

Kawan bukan sahabat.

Kawan hanya datang bila dia susah,
Minta tolong bila dia dalam payah,
Bila kita susah,
Dia hilang,kita masih tak tentu arah.

Kawan bukan sahabat.

Masing-masing ada haluan,
Begitu erat berkawan,
Sampai masa masing-masing ada perjalanan,
Tinggal diri sendiri bersendirian.

Kawan bukan sahabat.

Masa dia resah,
Datang cari kita untuk luah masalah,
Bila kita resah,
Dia minta kita pandai-pandailah.

Kawan bukan sahabat.

Masa dia berada di bawah,
Jumpa kita yang sebenarnya lagi bawah,
Mungkin untuk dia rasa gah,
Jumpa kita yang jauh lagi susah.

Kawan bukan sahabat.

Pesan ibu dulu aku buat tak peduli,
Mana mungkin kawan buat aku macam tu nanti,
Bila dah lama berkawan,
Memang benar pesanan,
Kawan sanggup tinggal kawan pasal perempuan,
Kawan sanggup tinggal kawan asal dia dalam keselesaan.

Baru sedar,
Kawan bukan sahabat.
Kawan datang hanya bila ada agenda,
Masa kita susah,payah nak nampak muka,

Kawan bukan sahabat.
Ternyata...

Sahabat aku ahli keluarga aku sendiri selama ini.

Macam mana aku susah, mereka ada supaya aku tak mudah jatuh rebah,tak mudah mengalah.

Tak mengapalah kawan.

Ini pengajaran.

Buat kalian,

Ingat ya,
Kawan bukan sahabat.

Sahabat susah senang memang payah nak dapat,
Tapi bila ada,jagalah ia erat-erat,

Kawan bukan sahabat.

Sunday, March 4, 2018

Lawak Tunggu Call


Friday, March 2, 2018

Lawak Sembang Kencang

nama atau watak dalam lukisan ini hanya rekaan tiada kena mengena dengan sesiapa =)