Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..
Alhamdulillah...hari Khamis 8/2/2018, emak saya telah selamat berangkat untuk menunaikan ibadah umrah..
Kami empat beradik telah menghantar emak ke lapangan terbang KLIA...
Mohon sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini mendoakan emak saya dapat menjalankan ibadah umrah dengan tenang dan lancar...
Semoga emak saya selamat pergi dan selamat pulang semula ke Malaysia pada 19/2/2018
insya-Allah..
amin.
Tuesday, February 13, 2018
Wednesday, February 7, 2018
FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner
klik banner untuk join =)
Perkara yang saya suka baca dalam sesuatu blog:
1) perkongsian tips atau maklumat
2) rajin update walaupun blog saya sendiri kadang-kadang lama tak update
3) santai,tidak terlalu serius
4) panduan/D.I.Y,seronok tengok kreativiti orang lain sebab diri sendiri tak berapa mahir D.I.Y
Labels:
Blog
Tuesday, February 6, 2018
Friday, February 2, 2018
Buka tin sardin dengan gunting
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...
Bila dalam keadaan terdesak, pelbagai cara dan ikhtiar akan dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut...
"Post" kali ini saya nak berkongsi pengalaman saya membuka tin sardin dengan menggunakan gunting sahaja...
Sungguh menyedihkan, saya berasa agak lapar pada malam semalam, dan hujan pula turun tidak berhenti menyebabkan saya malas untuk ke warung membeli makanan..
Selain itu,duit saya cuma tinggal beberapa ringgit sahaja...cukup untuk roti canai sekeping dan air kopi secawan...
Faktor-faktor ini menjadi sebab saya berusaha mencari ikhtiar untuk makan malam...
Kebetulan, di bilik sewa saya, ada tin sardin yang dah berbulan lamanya dibeli,tetapi tidak dibuka lagi sebab saya tidak ada alat pembuka tin..
Cuma disebabkan lapar dan duit pula cukup-cukup makan sahaja maka saya berusaha mencari cara untuk membuka tin sardin tersebut...
Lama juga saya memikirkan cara nak membuka tin sardin ini, termenung juga sebab di bilik saya tiada pisau atau alat pembuka tin..
Semasa sedang asyik memikirkan cara membuka tin sardin, mata saya terpandang kepada gunting yang terdapat dalam bilik saya....gunting ini jarang saya gunakan...sebab itu tak ingat saya ada gunting...
Maka bermulalah episod menebuk tin sardin menggunakan gunting...
Berpeluh juga, sakit juga tangan dibuatnya..
Setelah puas menekan,menebuk dengan gunting, akhirnya tin sardin tu mula ada lubang kecil, saya terus menebuk dengan gunting, maka hasilnya seperti dalam gambar...
![]() |
| berjaya juga akhirnya.. |
Selesai membuka tin sardin, aktiviti seterusnya? masak sardin..
Saya masak dengan menggunakan "rice cooker"
Jujurnya, bilik sewa kami tidak dibenarkan masak..cuma saya berasa agak lapar..dan hujan pula turun tidak berhenti...duit pula tinggal berapa ringgit sahaja...maka nak tak nak terpaksalah masak juga..
Memang saya ada bawa "rice cooker" tetapi sembunyi-sembunyi lah...harap pihak pengurusan tidak marah lah...mohon ampun dan mohon dihalalkan ya...
Alhamdulillah... setelah bersusah payah, dapat juga saya makan lauk sardin buat hilang lapar...
Terasa kepuasannya setelah berfikir begitu lama mencari cara untuk membuka tin sardin ini...
Syukur kepada-Nya kerana memberi ilham dan panduan...
Ini merupakan antara kenangan yang agak diingati saya setelah keluar daripada bilik sewa ini..
Moga ada manfaatnya "post" kali ini...
insya-Allah...
amin.
Labels:
Tarmizi menulis,
Tips&Panduan
GIVEAWAY NOVEL #MENGINTAIAKUDINERAKA
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد
اللهم صل على محمد وآل محمد
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

(klik banner kalau nak join)
Giveaway ini dianjurkan oleh www.mohdnoorshawals.com dengan kerjasama @jambukubest ...
Jangan lepaskan peluang ini!! Rebut peluang memenangi Novel dari Penulis Novel Islamik Thriller No 1 Malaysia!!! Ustaz Hadi Fayyadh...
Labels:
Blog
Tuesday, January 30, 2018
Azam 2018-part 1: Simpanan dan Belanja
Assalamualaikum dan Salam sejahtera..
Gambar di atas adalah azam 2018 yang ingin saya capai.
Menulis di atas kertas memang agak mudah berbanding merealisasikannya..
Azam saya yang paling utama, adalah azam yang saya letakkan atas sekali, cari kerja>dapat kerja>kekal kerja...tapi hakikatnya...sudah bertahun-tahun azam ini saya letakkan..ternyata susah nak dijadikan realiti, hakikatnya sehingga kini saya mencari-cari kerja, malah kerap kali juga berhenti kerja kerana tidak tahan tekanan...
Saya letakkan juga azam bagi simpanan saya untuk tahun 2018 ini, "target" saya untuk tahun 2018 ini, saya dapat meningkatkan sedikit simpanan saya di ASB 1, membuka akaun Amanah Hartanah Bumiputera, meningkatkan simpanan saya di ASB 2~saya dapat RM 10 percuma untuk pembukaan akaun ASB 2 semasa menyertai Seminar Kewangan di PNB, jadi saya letak sasaran bagi ASB 2 ,sekurangnya saya berjaya meningkatkan jumlah simpanan daripada nilai puluh kepada ratus...mudah-mudahan dividen ASB 2 bulan 3 nanti boleh saya bayar duit hidupkan insurans motorsikal saya...
![]() |
| sumber:https://www.ppa.my/prs-youth/prs-youth-incentive/ |
Saya juga berdoa semoga saya dapat inisiatif RM 1,000 daripada kerajaan sekiranya jumlah simpanan Skim Persaraan Swasta (PRS) saya telah berjumlah RM 1,000, jadi akaun PRS saya akan jadi RM 1,000 + RM 1,000 inisiatif kerajaan untuk belia berumur bawah 30 tahun, dan tak silap saya inisiatif ini hanya sampai 2018 sahaja... saya bercadang membiarkan sahaja PRS ini sampai umur saya 55 tahun...simpan RM 2,000 dan biar sahaja sehingga sampai umur saya pencen. Ini merupakan simpanan alternatif selain KWSP...
Bagi KWSP pula, setakat ini saya tidak ada caruman tambahan kerana sebagai pelatih SL1M kami tidak ada caruman KWSP sebaliknya diberi elaun. Mungkin selepas ini saya akan kembali bekerja sendiri maka akan mencarum KWSP sendiri sahaja....moga bila saya tua nanti ada sedikit duit untuk saya meneruskan sisa-sisa hidup.
Manakala belanjawan saya bagi tahun 2018 turut saya tulis sebagai tanda peringatan kepada diri saya.
sewa bilik-sepanjang tempoh saya menyewa bilik di Kuala Lumpur kerana menyertai program SL1M...lebih kurang 10 bulan, maka 10 bulan darab dengan sewa bilik,RM 200(sebulan): 10x200= RM 2,000
grab- saya lupa nak tulis, tapi setakat hari ini, sepanjang saya menggunakan grab selama saya duduk di Kuala Lumpur,lebih kurang 10 bulan, hampir RM 800 juga saya telah belanjakan...
tiket Touch n Go, lupa nak tulis juga, tapi sepanjang saya menggunakan perkhidmatan awam, LRT,MRT,Monorel..lebih kurang RM 2,000 juga saya telah belanjakan...
duit makan sepanjang saya berada di sini, anggaran kasarnya lebih kurang RM 20 ke atas sehari untuk makan dan minum pagi,tengahari dan malam...tapi kebiasannya bos saya En.Alias b.Daud akan belanja kami pelatih SL1M makan,maka dapatlah kami jimat duit makan, dan sekarang ini saya lebih kerap tidur di pejabat sahaja untuk menjimatkan perbelanjaan saya... lebih kurang belanja duit makan dan minum saya selama 10 bulan berada di sini, secara kasarnya RM 5,000+++ untuk makan dan minum selama 10 bulan tinggal menyewa di Kuala Lumpur.
![]() |
| sumber:google images |
saya juga telah membeli handset baru, semasa bulan ke dua berada di sini kerana handset lama saya masuk air, saya ingat handset tersebut telah rosak dan telah membuat pembelian panik, RM 500 untuk handset Xiaomi Redmi...
tempoh 2 bulan pertama, saya juga kerap bermain futsal, setiap kali bermain, maka kosnya lebih kurang RM 10 ke atas bagi sekali main futsal, termasuk kos lepak dan minum bersama kenalan selepas habis bermain futsal..
Ok, ini antara perkara-perkara yang saya lupa tulis, cuma semasa menaip ini, tiba-tiba sahaja perkara dan belanjawan sepanjang tempoh saya berada di Kuala Lumpur ini terlintas...
Seterusnya, belanjawan yang saya tulis ialah seperti PRS, sekarang ini PRS saya baru ada RM 100 lebih, saya kena usahakan dapat lagi RM 900...
Saya juga bercadang nak menukar "sport-rim" motorsikal dan anggaran yang diberi tauke kedai ialah antara RM 300 hingga RM 400, saya harus menukar sport rim motorsikal saya kerana rim saya sudah bengkok teruk dan kerapkali tiub motor saya bocor di tengah jalan...
Saya juga ada letak lesen memandu RM 100, kerana lesen memandu saya akan tamat tempoh dalam tahun ini, belajar membawa kereta RM150, kerana saya harus mencari guru untuk mengajar saya memandu kembali sebab saya harus memahirkan diri membawa kereta supaya kereta yang terdapat di rumah keluarga saya di Melaka tidak terbiar begitu sahaja...saya anggarkan lebih kurang RM 150 kerana satu seisi pembelajaran, cajnya ialah RM 30,maka saya berharap dengan lebih kurang 5 kali seisi belajar, maka saya lebih mahir dan berani membawa kereta....
![]() |
| sumber:google images |
Pencuci muka, sebenarnya sudah pelbagai produk saya cuba tetapi tidak sesuai dengan kulit saya, cuma baru-baru ini saya telah membeli produk IV Mist daripada Abang Long atau Mohd Feroz Zaini,penulis buku Aku,Dia & Rezeki,selain daripada menjadi penulis, Abang Long juga ada menjual dadih dan IV Mist...harapnya sesuailah dengan wajah saya...dan hilangnya jerawat daripada muka saya...
Ok, saya berhenti dahulu "post" ini, nanti insya-Allah...akan saya sambung lagi dan berkongsi perkara nak dibuat oleh saya dalam tahun 2018 ini...
Mohon doa kalian supaya azam saya tercapai dan saya juga doakan mereka yang membaca atau terbaca "post" ini berjaya mencapai azam mereka...
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...
insya-Allah...
amin.
Labels:
Tarmizi menulis,
Tips&Panduan
Sunday, January 28, 2018
Pertama kali
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...
sumber:google images
Pertama kali, ingat tak bila pertama kali kita buat sesuatu,makan sesuatu,pergi ke sesuatu tempat pertama kali?
Contohnya, pertama kali belajar menaiki basikal,pertama kali belajar naik motor,pertama kali belajar bawa kereta... boleh ingat lagi pengalaman pertama kali macam ni kan?
Tapi ada juga pertama kali yang sukar nak ingat balik, contohnya pertama kali belajar berjalan,meniarap, merangkak dan sebagainya...
Pertama kali, ya,banyak perkara atau pengalaman pertama kali yang kita akan lalui...
Secara jujur, saya tidak pandai makan atau pesan makanan "fast-food" seperti pizza dan sebagainya..
Cuma beberapa kali sahaja saya pernah makan pizza..
Cuma baru-baru ini, bos saya telah belanja semua staff makan pizza dan meminta pendapat saya,saya jawab sahaja dengan jujur, saya tidak biasa "order" pizza atau makan pizza, jadi saya tidak tahu untuk memberi sebarang pendapat atau pandangan.
Reaksi yang diterima daripada staff lain? mereka memberi pandangan simpati..berasa kasihan agaknya terhadap saya kerana tidak tahu jenis-jenis pizza yang dijual...saya yakin staff lain tidak ada niat nak menyinggung perasaan saya,cuma ianya reaksi spontan bila di zaman seperti ini, ada juga mereka yang tidak tahu membuat pesanan pizza lebih-lebih lagi bagi golongan berumur 20-an sepeti saya...
Saya memang terasa agak malu juga sebenarnya bila mendapat respon seperti itu...
Saya jarang makan pizza sebab kadang-kala bila makan pizza,ada ketika susah untuk saya membiasakan tekak saya dengan rasa pizza tersebut.
Saya berterima kasih kepada bos saya kerana sudi belanja saya dan staff lain dominos pizza, memang sedap, tidak melekit....
Bila difikir kembali, rasanya ini pengalaman pertama saya makan dominos pizza, sebab rasanya saya hanya pernah rasa pizza daripada pizza hut...
Banyak pengalaman pertama kali dalam hidup yang kita akan lalui dan merasainya..contohnya pengalaman pertama kali saya naik MRT.,LRT, kapal terbang, pergi lapangan terbang, buat tempahan grab, pergi interview kerja, pertama kali rasa dominos pizza, makan macaroni, makan oglio, dunkin donuts, pertama kali pesan makanan di KFC,Mc Donald's, naik feri, dan pelbagai lagi peristiwa pertama kali yang saya lalui dan akan lalui di masa akan datang.
Sudah pasti semasa pertama kali melakukan perkara asing bagi diri sendiri,sudah tentu mengharapkan sokongan dan bukannya kata-kata sinis yang hanya akan menyebabkan sesorang itu berasa rendah diri....
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...
insya-Allah...
amin.
Labels:
Tarmizi menulis









