Wednesday, September 7, 2016

MINI GIVEAWAY BY TRIPLE S



Klik banner untuk join =)

Tuesday, September 6, 2016

Kemerdekaan


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Post kali ini bersempena dengan segmen giveaway tunai by ahmadhasif.my....

Sebenarnya kalau ikut syarat GA,saya kena buat artikel pasal kemerdekaan tapi rasanya saya nak buat lain sikit...harap saya tak dikira melanggar syarat...hahaha....

Saya kongsikan pandangan saya mengenai kemerdekaan...melalui lukisan ini..........

Saya seperti rakyat Malaysia yang lain,sudah tentu mengharapkan negara ini sentiasa aman,berkembang dan maju..tetapi pada masa yang sama, saya sebagai rakyat biasa mengharapkan selain kemajuan teknologi,pembangunan,usahlah dilupakan tentang kesempitan dan bebanan rakyat biasa,peluang pekerjaan yanga agak mencabar kepada rakyat Malaysia.....secara jujur saya lebih mementingkan kecukupan daripada kemewahan....keseimbangan daripada kemajuan.........tiada gunanya membina bangunan yang gah dan mahal harganya tetapi dibelakang bangunan terdapat rakyat yang sedang menderita.....






SELAMAT HARI MERDEKA KE 59!!! 

SEHATI SEJIWA


nak join segmen giveaway tunai by ahmadhasif.my>klik sini<


semoga ada manfaatnya "post" kali ini....

insya-Allah....

amin.






Monday, September 5, 2016

Resume


Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Sekarang ni saya dalam proses mencari kerja,ketika ini saya sedang menjalani latihan Skim Latihan 1 Malaysia(SL1M) MAHB di lapangan terbang Melaka...tetapi Skim Latihan 1 Malaysia ini tidak menjamin atau menjanjikan peluang kerja...ianya lebih kepada satu program latihan kepada para graduan menganggur atau graduan yang bekerja tidak setaraf dengan kelayakan yang ada....

Justeru,saya sertakan resume saya dalam blog saya ni,manalah tahu kalau ada rezeki,terdapat organisasi,majikan atau pembaca/terbaca blog saya ini yang berminat untuk menawarkan saya peluang pekerjaan di tempat mereka...

Harapan saya juga semoga resume ini sedikit sebanyak dapat menjadi panduan dalam menyediakan resume......

Sebarang komen atau cadangan untuk saya memperbaiki resume saya juga amatlah saya hargai..dan semoga Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan/puan...

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.










Sunday, September 4, 2016

Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my

klik banner untuk join =)






PISANG KAPAS



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Mengasihi dan Maha Penyayang...


Sedikit perkongsian mengenai pisang kapas....

Image result for pisang kapas malaysia
sumber gambar:google.com


Sebenarnya saya tidak tahu pasal pisang...cuma selalunya semasa membantu emak berniaga di Pasar Borong,emak akan membawa pisang kapas untuk dijual.........

Pisang kapas ini biasanya dihantar oleh pembekal atau orang kampung yang ada menanamnya....

Semasa berniaga,seorang pakcik/pelanggan telah datang dan menerangkan hal-hal mengenai pisang,jenis-jenis pisang dan macam-macam lagi........

Saya tak faham sangat, jadi saya telah membuat carian di google...adalah sedikit sebanyak info mengenai pisang tapi saya masih tak begitu jelas....

Ilmu mengenai pisang ni menarik....sebab ada banyak jenis pisang rupanya..........cara-cara mengenal pisang dan macam-macam lagi....tapi membaca dari internet sahaja tak mencukupi rasanya....kena cari cikgu khas pasal pisang nampak gayanya saya ni.........baru mudah sedikit nak faham....

Jadi antara blog yang saya layari....blog warisan pertanian ada menerangkan mengenai pisang kapas ini dengan agak jelas.....boleh layari laman blog warisan pertanian untuk info lanjut.......

Sedikit sebanyak info yang saya dapat mengenai pisang kapas daripada blog warisan pertanian ini ialah:

1)Pisang kapas yang muda sesuai dimasak untuk dijadikan lauk.

2)Daun pisangnya lebar dan tebal

3)Jantung pisang kapas boleh dijadikan sayuran.


Saya sertakan sekali resipi masak lemak pisang kapas dengan ikan masin( resipi ini saya ambil daripada blog Dapur Tanpa Sempadan)


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 sisir pisang kapas muda
5-6 ketul isi ikan masin kurau
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
1)Pisang dicuci, kemudian, siat sedikit kulitnya dan rendam. Pisang dihiris serong sederhana tebal dan rendam dalam bekas yang berisi kulit pisang, masukkan asam gelugor ke dalam air rendaman untuk mengelakkan pisang bertukar warna. Ikan masin kurau dicuci dan rendam 1 jam. Ketepikan.

2)Toskan pisang, masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik dan santan cair (jika perlu tambah sedikit air). Kacau rata dan masak hingga mendidih dan pisang 1/2 empuk. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan ikan masin tadi (toskan).

3)Kacau rata dan tuang pati santan. Masukkan daun kunyit dan lada hitam tumbuk, biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Tambah sedikit garam dan gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng.


sumber resipi:http://www.tiffinbiru.com/2014/06/resipi-gulai-pisang-muda.html

sumber informasi mengenai pisang kapas:http://warisanpetani.blogspot.my/2016/01/pisang-kapas.html


saya rasa mungkin di sesetengah negeri mereka tidak memanggilnya pisang kapas....


semoga ada manfaatnya "post" kali ini....


insya-Allah....

amin.

Saturday, September 3, 2016

Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal

giveaway penghargaan rm100 anjuran kennymerligal

Giveaway penghargaan cash rm100 by kennymerligal | mencari 5 orang pemenang bertuah bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak rm20 untuk setiap seorang. Giveaway ini akan bermula pada 1 September 2016 dan berakhir pada 30 September 2016.

Cara untuk menyertai:

  1. Buat satu entry blog bertajuk "Giveaway penghargaan rm100 by kennymerligal".
  2. Copy dan paste banner diatas ke dalam blog post anda atau gunakan kod yang telah disediakan dalam ruangan textarea dibawah.
  3. Backlinkkan entry ke sini.
  4. Tinggalkan link entry anda di ruangan komen artikel giveaway sahaja. 

Syarat syarat :

  1. Blogger Malaysia.
  2. Follow blog kennymerligal 
  3. Follow instagram
  4. Follow twitter
  5. Like facebook page 
(* syarat yang kedua adalah wajib manakala yang selebihnya terpulang kepada  anda )

Hadiah :

  1. Wang tunai RM20 x 5 orang pemenang bertuah.
Pemenang akan dipilih secara rawak oleh admin dan keputusan akan diumumkan selepas tamat giveaway. Semoga penganjuran giveaway ini dapat merapatkan lagi tali persahabatan di kalangan rakan rakan blogger. 

Friday, September 2, 2016

Menang Giveaway!!!syukur Alhamdulillah....



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Alhamdulillah, saya telah berjaya menjadi salah seorang pemenang dalam segmen "giveaway follow&like MY anjuran blogger Mieza Suhaini...

nombor saya telah terpilih...ini linknya~

senarai pemenang giveaway follow&like MY

Hadiahnya telah saya terima...dan inilah hadiahnya(maaf kualiti gambar tak memuaskan)



L'OREAL MEN EXPERT WATER POWER LOTION

Ni rasanya tempat letak gambar/dompet kecil agaknya


"Keychain" buku hitam


Terima kasih sekali lagi kepada blogger Mieza Suhaini.....harapnya dapat buat banyak lagi segmen...

Rezeki ini harapnya dapat terus memberi saya motivasi untuk rajinkan diri menyertai segmen-segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger yang terdapat di Malaysia ini....

semoga kita semua maju dan berjaya dalam dunia blogging ini....

semoga ada manfaatnya "post"kali ini...

insya-Allah....

amin.