Wednesday, April 1, 2026

SPM

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat hari raya Aidilfitri 1447 hijrah maaf zahir dan batin.

Lama tak tulis dekat blog.

Tak ada apa-apa sangat nak tulis.

Tahniah diucapkan kepada pelajar SPM yang dapat keputusan cemerlang.

Bagi yang kurang atau biasa, semoga terus kuat dan berjaya di masa akan datang.

Saya results SPM dulu tak ada A... paling tinggi 3b..dapat 3B 3subjek iaitu bahasa Melayu, sains dan pendidikan Islam,4b 1 subjek iaitu bahasa inggeris.. sejarah 5c dan ekonomi asas 6c.. total semua 6kredit...3gagal 9g iaitu matematik, matematik tambahan dan prinsip akaun...lepas tu tahun 2022 saya ambil SPM ulangan subjek matematik dapatlah e, lulus...

Saya cuma pelajar dan manusia sederhana.. stpm dapat 1B+ subjek pengajian am..1B subjek kesusasteraan Melayu dan dua c+ sejarah dan bahasa Melayu...lepas tu mohon rayuan UPU, dapat masuk Unimas kos pembangunan Sumber Manusia...  CGPA  degree saya biasa saja...3.14. tapi tak pernah kerja HR pun... Ambil HR sebab itu yang ditawarkan... tetapi merasalah juga dengan degree untuk join program SL1M yang sekarang dah ditukar kepada mystep. Saya join SL1M PNB dan Telekom Malaysia berhad..cuma tak ada rezeki dapat apa-apa jawatan tetap.

Sekarang kerja sendiri sebagai penjaja pasar borong...jual sayur dan ulam kampung.

Umur dah 36.. rasanya peluang kerja memang dah terhad. Nak masuk badan beruniform pakai cermin mata pula..nak buat lasik baru tahu pasal ni...dan tak ada duit pula nak buat lasik.

Entah kenapa saya rasa nak kongsi pasal keputusan SPM saya ni..

Tak apalah..saya doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka yang baru lepas habis SPM..

Moga berjaya dunia akhirat..

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah...

Amin.

Thursday, January 1, 2026

Tahun 2026

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Selamat tahun baharu 2026.

Secara jujur,tidak ada apa yang nak saya sambut sangat pun.

Usia atau umur dah 36...banyak peluang pekerjaan dah terhad.Kebiasaannya nak umur 35 ke bawah.

Emak pun dah nak masuk umur 70 tahun. Tolong doakan mak saya sihat ya...nanti mak saya akan buat pembedahan katarak mata.. tarikh tak tahu lagi.. sebab emak saya tak nak buat dulu nak lepaskan bulan Ramadan dulu.

Tahun tetap akan bertambah selagi belum kiamat cuma saya sahaja rasanya tiada apa-apa yang bermakna pun.

Hidup selagi masih hidup. Selagi belum datang malaikat maut mencabut nyawa saya.. selagi itulah saya kena hidup.

Saya akan cuba kekal dalam dunia blogging ini kerana ini salah satu terapi saya untuk terus bertahan dalam hidup yang makin menekan ini.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.


Insyaallah amin.