Thursday, August 22, 2024

Daun keremak

 Keremak biasanya dimakan mentah sebagai salad atau 'ulam'. Menurut sistem perubatan Ayurveda, tumbuhan ini mempunyai banyak ciri-ciri perubatannya yang 'tersembunyi' dan amat mujarab dalam membantu kesihatan jantung dan sistem peredaran darah. Ia juga merupakan herba penting yang digunakan untuk menyuburkan buah pinggang dan hati.




Ciri - Ciri Tumbuhan


Keremak merupakan sejenis herba menjalar dan bercabang yang boleh tumbuh dengan ketinggian kira-kira 15-20 cm. Daunnya ringkas, hijau, glabrus dan susunan daun dalam pasangan yang bertentangan. Daun bujur berbentuk pisau pembedah dan bergerigi cetek yang berwarna kemerahan. Mempunyai bunga yang terletak pada bahagian atas dan panjangnya kira-kira 6-8 mm


Tabiat Tumbuhan


Keremak boleh dilihat tumbuh liar di kawasan tanah lembap, di samping kawasan tepi sungai, sawah padi , di kawasan ladang-ladang tebu dan di tepi-tepi jalan.


Bahagian Yang Digunakan


Daun , keseluruhan pokok

Amalan Tradisi Perawatan


Tumbuhan ini digunakan untuk merawat hepatitis, demam kuning, artritis, penyakit kulit dan merangsang pertumbuhan rambut. Di Malaysia, air rebusan akar digunakan terus atau dicampur dengan biji jintan putih dan sering diminum oleh wanita Melayu selepas bersalin. Ia juga digunakan sebagai tonik rambut, boleh menyebabkan muntah, obat pencuci perut, rawatan sembelit dan gastrik. Daun yang ditumbuk biasanya digunakan untuk merawat penyakit kulit, kusta dan untut. Daun yang direbus dan disapu pada gusi untuk mengurangkan sakit gigi.


sumber : https://www.forestry.gov.my/en/component/content/article/97-herba/645-keremak

Sunday, August 18, 2024

Perkara senang jadi susah

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...


Saya ada satu tabiat atau perangai iaitu perkara senang jadi susah...maksudnya kadangkala benda atau urusan itu senang sahaja tetapi tak tahu kenapa kadangkala saya buat ia jadi susah. 

Contohnya, dekat laptop saya ni ada dokumen macam pdf,word tetapi saya biar sahaja ia bersepah tak letak dalam satu folder...padahal senang sahaja kan buat satu folder lepas tu simpan elok-elok word ke pdf dalam tu...entah kenapa saya suka ia bersepah.




Contoh lain, kalau saya kena beli barang atau ada urusan,kadangkala saya kena pergi dua tiga kali sebab terlupa atau ada dokumen yang tak lengkap, padahal kalau saya tulis atau save dekat phone barang yang nak dibeli kan lebih mudah...dokumen pula kalau saya siapkan betul-betul baru buat urusan kan lebih mudah..tetapi itulah..entah kenapa saya suka buat perkara mudah jadi susah.

Banyak lagi sebenarnya perkara yang saya rasa kalau bagi orang lain adalah perkara mudah, tetapi bila jadi dekat saya selalunya saya akan buat perkara tu lebih leceh,rumit atau susah.

Entahlah...tapi perangai macam ni memang banyak keburukkannya...last-last saya yang pening kepala...tak tahu macam mana nak selesaikan perkara atau sesuatu urusan.

Saya tulis pasal perkara ni pun sebab saya urusan yang agak mudah tetapi bila saya buat ia jadi payah,leceh makan masa dan menyusahkan...haih...entahlah..

Haraplah saya dapat mengatasi masalah atau perangai ni..mungkin saya kena lebih tenang bila nak buat sesuatu urusan atau perkara...

Mohon doa semua ya...

Moga yang baik sahaja untuk kita semua..

Insya-Allah..

amin.

Friday, August 16, 2024

Kuih Bunga Pudak

sumber gambar:google images




 CARA BUAT KUIH BUNGA PUDAK

Bahan-bahan inti:


1 biji kelapa parut putih

240gm gula

Garam secukup rasa

Perasa ros secukupnya

Pewarna merah secukupnya

Pewarna hijau secukupnya

Bahan-bahan kulit:


240gm tepung pulut

250ml air (zaza buat dalam 150ml je)

1 sudu teh garam halus

Cara-cara:


1. Untuk membuat bahan inti, bahagikan adunan kepada dua warna. Satukan bahan mengikut warna tersebut dan gaul sebati.


2. Kemudian sangai di atas api sederhana. Kacau sehingga kering. Ketepikan.


3. Untuk bahan B, gaulkan kesemua bahan di dalam mangkuk adunan dan biarkan selama 30 minit. Air campur dengan garam, kemudian renjis-renjiskan dalam tepung sedikit demi sedikit sehingga habis, gaulkan dengan tepung sampai jadi macam serbuk roti.

4. Setelah itu, panaskan kuali leper dengan api sederhana panas.


5. Masukkan satu sudu makan adunan tepung ke dalam penapis dan ayak adunan menjadi bentuk bulat.


6. Seterusnya sudu inti di tengahnya dan lipat menjadi bentuk empat segi. Biarkan seketika dan barulah diangkat.


7. Akhir sekali, ulangi proses sehingga adunan habis.


8. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!


Sumber resipi: https://myresipi.com/kuih-bunga-pudak/#google_vignette

Thursday, August 8, 2024

Suka Bercakap Tentang Orang Lain

 


Saturday, August 3, 2024

Al-Fatihah Ismail Haniyeh

 

sumber gambar :mycare.hq