Saturday, January 6, 2018

Aktiviti makan durian


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Alhamdulillah...syukur kepada-Nya, baru-baru ini saya berkesempatan melakukan aktiviti yang "best"

Aktiviti apa? haha...akitiviti makan durian.....

Saya memang suka makan durian, sebab isinya manis dan rasanya sungguh enak...

Lebih menarik lagi sebab saya dibelanja orang...

Memang tambah seronoklah....dah lah dapat makan durian, "free" pula tu...

Moga murah rezeki orang yang belanja saya makan durian tu...

Aktiviti ini tak dirancang pun, cuma kebetulan kami dalam perjalanan pulang daripada melawat seorang kenalan yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah penyakit jantung,moga beliau cepat sembuh...amin...kami terlihat peniaga yang sedang menjual durian di tepi jalan. Maka kami semua terasa nak makan, jadi kami mengambil keputusan untuk berhenti singgah dan merasai kenikmatan makan durian...

Memang sedap durian yang dijual, dan menurut peniaga yang menjual durian itu. buah durian yang dijual diambil di negeri Perak, memang seratus-peratus daripada kebun di negeri Perak..

Penjual durian tu sempat beri tips, jika nak beli buah durian elakkan yang ada tanda merah sebab besar kemungkinan buah durian itu diambil daripada negara Thailand, dan sebenarnya buah tersebut belum cukup masak, cuma mereka ada menggunakan "bahan" untuk memastikan isi durian tersebut bewarna kuning, sebab tu kadangkala bila beli buah durian, walaupun isinya warna kuning tapi tak ada rasa manis atau rasa apa-apa...sebab buah durian tu masih muda lagi sebenarnya....

Ok, saya sertakan sedikit gambar untuk aktiviti makan durian ni, tak banyak gambar diambil sebab tengah seronok makan durian, jadi tak berapa ingat nak ambil gambar..hahaha.. =)


Image may contain: one or more people, tree, outdoor and nature
Peniaga yang menjual durian di tepi jalan

No automatic alt text available.
Aktiviti makan durian bermula

Image may contain: food
Selain durian,buah rambutan pun ada..
Image may contain: food
Isi durian yang memang manis


Terima kasih sekali lagi kepada yang belanja makan durian...

Semoga terus dimurahkan rezeki...

Moga pembaca atau sesiapa sahaja yang terbaca blog ini dimurahkan rezeki...

Insya-Allah..

amin.

14 comments:

Sha Mohamed said...

Adoi.. Durian memang makanan yang paling best dan ohsem.. Kesukaan ramai orang..

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..sedapnya la...

Dunia Zumal said...

Bestnya makan durian, dah setahun lebih tak makan durian, teringat lak...

Abam Kie said...

maaf la..abang kie x makan durian sejak kecil lagi. tp gulai tempoyak patin tu makan la...sedap!

#JMBELOG said...

sedapnya

Etuza said...

hadui sedapnya rambutan dan durian tu..buahan tempatan sedap dan enak di makan..

At-Tarmizi said...

Shahida Dzulkafli memang, saya pun suka makan durian =)

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta Alhamdulillah =)

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal tak apa, ada rezeki nanti,makanlah =)

At-Tarmizi said...

Abam Kie pergh...sedap tu cikgu..

Warisan Petani said...

Alhamdulillah.
Sedapnya durian.

At-Tarmizi said...

Warisan Petani Alhamdulillah =)

At-Tarmizi said...

JAMIL HASHIM memang sedap,Alhamdulillah..rezeki =)

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza betul cikgu, buah-buahan tempatan memang sedap dimakan =)

Post a Comment