Thursday, January 18, 2018

Sebelum Tamat Latihan,Moga ada Sesuatu Yang Disumbangkan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Saya akan menghabiskan latihan SL1M tidak lama lagi, jadi sebelum saya meninggalkan pejabat,harapnya ada sesuatu yang saya lakukan sepanjang saya berada disini.

Bos saya selalu menyatakan hasrat untuk membina satu laman web bagi Stadium Merdeka.

Tujuan pembinaan laman web ini adalah:
  1. memberi maklumat mengenai Stadium Merdeka kepada orang ramai
  2. memudahkan urusan tempahan padang 
  3. mempromosikan Stadium Merdeka
  4. mewujudkan data maklumat
  5. sebagai rekod untuk simpan maklumat
  6. menjadi sumber rujukan
  7. perancangan masa depan
  8. akses orang awam
  9. menyediakan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Stadium Merdeka

Saya cuba merealisasikan hasrat bos saya ini dengan cuba membina laman web Stadium Merdeka menggunakan perisian Joomla...

Terima kasih saya ucapkan kepada blogger Safirul Amar Azmi kerana sudi mengajar ilmu joomla kepada peserta bengkel Joomla di UTC Melaka...

Secara jujurnya, saya berharap sekurang-kurangnya sebelum saya menamatkan latihan, ada sesuatu yang sempat saya kongsikan dan sumbangkan sepanjang saya berada di sini.

Sekiranya laman web saya tidak diterima tidak mengapalah..sekurangnya saya sudah berusaha untuk memberi sesuatu sumbangan....tetapi harapan supaya diterima itu tetap ada.

Saya kongsikan laman web yang saya buat.

Laman web ini secara ringkas sahaja...sebab saya masih belajar dan seorang "newbie"...tetapi harapnya dapatlah diberi sokongan...






Inilah hasil laman web yang saya buat.



Harapnya dapat diterima tetapi sekiranya tidak,tidak mengapalah...sekurang-kurangnya saya sudah berusaha untuk memberi sesuatu sumbangan sebelum saya menamatkan Skim Latihan 1Malaysia di Stadium Merdeka ini.

Mohon doa kalian supaya usaha saya membina laman web Stadium Merdeka ini dipermudahkan..

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.

10 comments:

Dunia Zumal said...

Semoga sumbangan Tarmizi kepada mereka dihargai dan membantu mempromosikan Stadium Merdeka...

Shahida Dzulkafli said...

Bagus hasrat dan usaha tu.. Sha doakan semoga usaha saudara akan berjalan lancar dan diterima.. Syabas..

Safirul Amar said...

Ok dah ni. Cuma perlu ikuti kelas joomla yang seterusnya untuk improvement. Nanti masuk kelas saya lagi.

Kena belajar basic adobe photoshop. Baru umphhh!

Abam Kie said...

teringin nak masuk kelas belajar ttg web design ni..

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal insya-Alah..terima kasih ya, saya buat ni ikhlas =)

At-Tarmizi said...

Shahida Dzulkafli insya-Allah..terima kasih ya =)

At-Tarmizi said...

Safirul Amar baik, terima kasih cikgu, insya-Allah =)

At-Tarmizi said...

Abam Kie boleh belajar dengan blogger hebat En.Safirul Amar cikgu =)

Warisan Petani said...

Mudah2an diterima

At-Tarmizi said...

Warisan Petani harap-harapnya begitulah..amin =)

Post a Comment