Pagis

Tuesday, January 9, 2018

Kompleks Membeli-belah Ampang Park

Assalamualaikum w.b.t  dan salam sejahtera...

Ramai yang sudah maklum bahawa kompleks membeli-belah yang pertama di Malaysia telah ditutup dan dirobohkan pada 31 Disember 2017.

Difahamkan penutupan dan kerja-kerja meroboh kompleks membeli-belah Ampang Park dilakukan bagi digantikan dengan Stesen MRT.

Sebelum penutupan dan hari-hari terakhir kompleks membeli-belah Ampang Park, saya berkesempatan untuk pergi ke kompleks ini dan mengambil sedikit gambar sebagai kenangan.

Mana tahu gambar ini boleh dijadikan satu gambar kenangan yang bermakna..

Secara jujurnya, saya tidaklah rasa sangat dengan penutupan kompleks membeli-belah Ampang Park ini, barangkali mereka yang lebih dewasa dan mempunyai kenangan dengan kompleks membeli-belah Ampang Park akan lebih terkesan.

Saya juga hanya beberapa kali pergi ke kompleks membeli-belah Ampang Park, pernah makan sekali sahaja di "food court" di situ,  dan rasanya saya hanya pernah membeli barangan di bahagian "grocery" di bahagian bawah..

Baiklah, saya sertakan sedikit gambar kompleks membeli-belah Ampang Park yang sempat saya ambil baru-baru ini.

Image may contain: one or more people



Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: shoes and indoor
Lif yang unik,sebab muat-muat untuk seorang sahaja


Tidak pasti nasib peniaga yang berniaga di sini, barangkali mendapat pampasan atau diberi tempat berniaga yang lain agaknya...

Mungkin satu hari nanti gambar-gambar yang saya ambil ini ada nilai nostalgianya yang tersendiri..


4 comments:

PeRdU cINta said...

Gambar ini pasti menjadi kenangan terindah di ketika wujud pembangunan baru di kawasan tersebut..

Dunia Zumal said...

Semoga mereka yang telah sekian lama berniaga di sana mendapat pembelaan sewajarnya...

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta ya..harapnya begitulah =)

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal mudah-mudahan begitu, insya-Allah..amin =)

Post a Comment