Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi....
Saya semasa kecil dahulu banyak menghabiskan masa menonton "sitcom" yang bagi saya agak kelakar.........sebenarnya masa tu saya tak faham sangat pun dialog mereka..cuma kalau mereka ketawa saya pun ikut ketawa....
Hasil carian saya di google,sitcom bermaksud comedy situation....maksud mudahnya ianya sebuah cerita lawak atau kelakar........
Saya senaraikan 4 sitcom yang kelakar bagi saya..........saya banyak menghabiskan depan kaca televisyen dengan menonton rancangan "sitcom" ini....
4 rancangan sitcom yang kelakar:
1) Still Standing
Sitcom ini mengisahkan tentang kehidupan seharian yang berlaku dalam keluarga "Bill Miller",isteri beliau,Judy, anak lelaki beliau Brian serta dua anak perempuan mereka iaitu Laureen dan Tina, serta Linda iaitu adik perempuan kepada Judy....banyak hal kelakar yang berlaku dalam hidup mereka sekeluarga dan amat menghiburkan.
2)Smart Guy
Sitcom ini mengisahkan tentang seorang budak sekolah yang cerdik bernama T.J Henderson yang terus belajar di "High School" yang sama macam abang dia,Marcus dan kakak dia,Yvette....manakala bapa dia Floyd Henderson adalah seorang duda dan juga usahawan yang berjaya....Kecerdikan T.J Henderson telah menyebabkan dia melakukan pelbagai perkara dan seterusnya menyebabkan banyak hal-hal lucu yang berlaku....
3)The Cosby Show
Sitcom ini memang kelakar dan telah mencipta fenomenanya yang tersendiri....Mengisahkan tentang seorang doktor bernama Heathcliff "Cliff" Huxtable dan keluarga beliau. Isteri beliau merupakan seorang peguam,Clair, anak lelaki beliau Theo dan tiga anak perempuan mereka,Vanessa,Sandra dan Rudy.......Gelagat Dr Cliff Huxtable dan keluarga mereka yang mempunyai pelbagai kerenah memang menghiburkan.....
4)My Wife and Kids
Baiklah,sitcom ini mengisahkan tentang kehidupan yang dilalui Michael,seorang usahawan berjaya dan keluarga beliau. Isteri beliau,Jay,anak lelaki mereka,Junior,anak prempuan mereka,Claire dan Kady.... sikap dan cara Michael menguruskan kehidupan dan masalah yang berlaku dalam keluarga mereka memang kelakar dan menghiburkan hati bila menonton "sitcom" ini....
Inilah senarai rancangan sitcom yang saya tonton dahulu...........tetapi secara asasnya sitcom ini memberi nilai dan pengajaran yang berguna bahawa hubungan kekeluargaan merupakan satu hubungan yang istimewa dan indah............
Semoga ada manfaatnya "post" kali ini..........
insya-Allah...
amin.
10 comments:
saya layan sitkom The Nanny kat Diva. itu je pon rasanya yg best. hehe.
salam singgah dari blog diari dandelion. ^_^
My wife and kids!!! Yg tu je mek smpat.
The Nanny ! yg ats ni x familiar la plak..hehe
sis suka tengok The Nanny ...
Gee Lion minat masing-masing =) terima kasih sebab sudi singgah blog saya =)
ayunie ramli seronok cerita tu kan =)
Mas tak apa...selera masing-masing =)
Qaseh Vee saya tak pernah pula tengok cerita tu =)
Semua belum pernah Zumal tengok
Dunia Zumal owh...cuba tengok dekat youtube..mana tahu nanti minat nak tonton =)
Post a Comment