Pagis

Monday, September 26, 2016

Hampir terjatuh dari siling



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Image result for keselamatan di tempat kerja
sumber gambar:google images


Sedikit perkongsian dan pengalaman hidup...

Hari ini semasa sedang menjalani latihan SL1M di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, saya telah ditugaskan membantu seorang staff teknikal membaiki saluran paip bocor.Saluran ini terletak di bahagian atas bangunan.

Secara jujur tidak banyak yang boleh saya bantu,sebaliknya saya hanya banyak melihat dan mengambilkan barang sahaja kerana saya tidak mahir dalam pekerjaan yang melibatkan kemahiran teknikal.

Semasa sedang membantu staff teknikal membaiki paip bocor,saya hampir terjatuh daripada siling....

Sewaktu sedang memanjat tangga,secara  tidak sengaja saya meletakkan kaki di siling,dan tiba-tiba sahaja siling itu runtuh...

Tergamam dan terperanjat saya ketika itu....mujur tidak berlaku sebarang kejadian dan saya juga tidak mengalami sebarang kecederaan...syukur kepada Allah...

Perkara ini menyedarkan saya tentang betapa berisiko dan berbahayanya kerja-kerja mereka yang terlibat dalam bidang ini....sentiasa ada kemungkinan berlaku kejadian yang tidak diingini.....namun begitu mereka tetap tabah demi meneruskan hidup mencari rezeki.....

Semoga saya lebih berhati-hati selepas ini,saya juga berharap agar sesiapa sahaja yang membaca atau terbaca "post" ini supaya lebih berhati-hati dan sentiasa mementingkan aspek keselamatan semasa sedang menjalankan tugas...

semoga ada manfaatnya "post" kali ini...

insya-Allah...

amin.

12 comments:

Etuza Etuza said...

Asalam sda saya linkkan ya di Blog list 2

CikLa Shahril said...

Mujur xde apa apa... Take care...

ayunie ramli said...

Allahu, alhamdulillah slmt :) kene lebih berhati hati lagi..

Gee Lion said...

Alhamdulillah.. buat cuak sungguh AT ni.

Busyra Bt Takiyudin said...

alhamdulillah. x ada apa2.

Yati said...

Alhamdulillah.. takde apa-apa berlaku. Semoga encik Tarmizi dan juga pembaca semua dalam lindungan Allah hendaknya.

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza terima kasih =)

At-Tarmizi said...

CikLa Shahril ya...mujur tak ada apa-apa...thank you =)

At-Tarmizi said...

ayunie ramli betul..kena lebih berhati-hati lagi lepas ni =)

At-Tarmizi said...

Gee Lion memang cuak bila tengok siling tu jatuh... =)

At-Tarmizi said...

Busyra Bt Takiyudin syukur kepadaNya =)

At-Tarmizi said...

Yati amin. terima kasih =)

Post a Comment