Pagis

Saturday, September 3, 2016

PISANG KAPAS



Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Mengasihi dan Maha Penyayang...


Sedikit perkongsian mengenai pisang kapas....

Image result for pisang kapas malaysia
sumber gambar:google.com


Sebenarnya saya tidak tahu pasal pisang...cuma selalunya semasa membantu emak berniaga di Pasar Borong,emak akan membawa pisang kapas untuk dijual.........

Pisang kapas ini biasanya dihantar oleh pembekal atau orang kampung yang ada menanamnya....

Semasa berniaga,seorang pakcik/pelanggan telah datang dan menerangkan hal-hal mengenai pisang,jenis-jenis pisang dan macam-macam lagi........

Saya tak faham sangat, jadi saya telah membuat carian di google...adalah sedikit sebanyak info mengenai pisang tapi saya masih tak begitu jelas....

Ilmu mengenai pisang ni menarik....sebab ada banyak jenis pisang rupanya..........cara-cara mengenal pisang dan macam-macam lagi....tapi membaca dari internet sahaja tak mencukupi rasanya....kena cari cikgu khas pasal pisang nampak gayanya saya ni.........baru mudah sedikit nak faham....

Jadi antara blog yang saya layari....blog warisan pertanian ada menerangkan mengenai pisang kapas ini dengan agak jelas.....boleh layari laman blog warisan pertanian untuk info lanjut.......

Sedikit sebanyak info yang saya dapat mengenai pisang kapas daripada blog warisan pertanian ini ialah:

1)Pisang kapas yang muda sesuai dimasak untuk dijadikan lauk.

2)Daun pisangnya lebar dan tebal

3)Jantung pisang kapas boleh dijadikan sayuran.


Saya sertakan sekali resipi masak lemak pisang kapas dengan ikan masin( resipi ini saya ambil daripada blog Dapur Tanpa Sempadan)


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 sisir pisang kapas muda
5-6 ketul isi ikan masin kurau
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
1)Pisang dicuci, kemudian, siat sedikit kulitnya dan rendam. Pisang dihiris serong sederhana tebal dan rendam dalam bekas yang berisi kulit pisang, masukkan asam gelugor ke dalam air rendaman untuk mengelakkan pisang bertukar warna. Ikan masin kurau dicuci dan rendam 1 jam. Ketepikan.

2)Toskan pisang, masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik dan santan cair (jika perlu tambah sedikit air). Kacau rata dan masak hingga mendidih dan pisang 1/2 empuk. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan ikan masin tadi (toskan).

3)Kacau rata dan tuang pati santan. Masukkan daun kunyit dan lada hitam tumbuk, biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Tambah sedikit garam dan gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng.


sumber resipi:http://www.tiffinbiru.com/2014/06/resipi-gulai-pisang-muda.html

sumber informasi mengenai pisang kapas:http://warisanpetani.blogspot.my/2016/01/pisang-kapas.html


saya rasa mungkin di sesetengah negeri mereka tidak memanggilnya pisang kapas....


semoga ada manfaatnya "post" kali ini....


insya-Allah....

amin.

15 comments:

Budubilis l OfficialBlog said...

Info Menarik :)

paridah said...

PISNG KAPAS BNYK TERDAPAT DI KAMPUNG SELALUNYA MASA KENDURI AKAN DIMSK GULAI SPT RESEPI TU

Mas said...

Nice!

At-Tarmizi said...

Budubilis l OfficialBlog terima kasih =)

At-Tarmizi said...

paridah betul...macam kenduri kahwin dan sebagainya =)

At-Tarmizi said...

Mas thank you =)

Warisan Petani said...

Tk kerana melayari blog WP.
Semoga bermanfaat

Qaseh Vee said...

saya selalu je pergi blog warisan petani . suka tengok gambar dia yg cantik-cantik selain maklumat ttg tanaman yg byk juga saya tak tahu ...

ayunie ramli said...

Kelantan panggil pisang kapas :) pisang ni ke orang buat goreng? ke pisang ni yg tak boleh buat goreng?

Raihanah Ahmad said...

saya paling suka pisang berangan

At-Tarmizi said...

Warisan Petani terima kasih juga kepada awak sudi berkongsi ilmu =)

At-Tarmizi said...

Qaseh Vee betul...memang banyak info berguna yang boleh kita dapat =)

At-Tarmizi said...

ayunie ramli tak silap pisang ni biasanya orang buat masak lemak masa pisang ni muda lagi...tak pasti pula kalau boleh digoreng... =)

At-Tarmizi said...

Raihanah Ahmad pisang berangan biasanya orang buat apa ya? goreng atau dibuat lauk?? =)

MD said...

Salam. Saya ada tanam pisang kapas di jeli kelantan. Sapa perlukan bekalan buah sms saya Hj Mat 0142228922

Post a Comment