Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....
Sedikit info mengenai buah yang popular di Malaysia iaitu buah rambutan.
Kandungan Zat Makanan(umum):
Kandungan | Kandungan / 100 gm yang boleh dimakan |
Tenaga | 59.9 |
Air | 84.7% |
Protin | 0.7 g |
Lemak | 0.1 g |
Kabohidrat | 13.9 g |
Serat | 0.2 g |
Kalsium | 22.0 mg |
Posporus | 30.0 mg |
Besi | 2.5 mg |
Thiamin | 0.01 mg |
Riboflavin | 0.04 mg |
Niacin | 0.1 mg |
Vitamin C | 38.6 mg |
Secara umumnya jenis-jenis rambutan yang popular di Malaysia ialah:
1) Rambutan anak sekolah (R 191)
Terkenal dengan nama 'Rong Rien' atau 'Anak Sekolah'. Berasal dari Thailand dan didaftarkan pada 1 Jun 1981. Saiz buah sederhana besar (40 gm/buah), berbentuk bujur dan kulitnya berwarna merah. Isinya manis, lekang dan pejal.
2) Rambutan Muar Gading (R 156)
Klon ini digelar Muar Gading, didaftarkan pada 10 Januari 1955 dan berasal dari Sungai Abang, Muar, Johor. Kulit berwarna kuning, berbentuk bulat, besar, mempunyai rambut yang kasar tetapi jarang dan pendek. Isinya tebal, sederhana pejal, rasanya sederhana manis, lekang dan berjus.
3) Rambutan Gula Batu
Rambutan gula batu mempunyai kulit yang sedikit tebal dan rambutnya yang sedikit tebal dan keras sedikit. Isinya pula pejal.
semoga ada manfaatnya "post" kali ini...
insya-Allah...
amin.
sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Rambutan#Jenis-jenis_rambutan
http://jpn.penang.gov.my/index.php/teknologi-tanaman-2/buah-buahan/71-rambutan-s14292
http://animhosnan.blogspot.my/2011/10/rambutan-gading-muar.html
http://nabilahtulis.blogspot.my/2011/09/rambutan.html
10 comments:
banyak-banyak rambutan, cuma rambutan gading je yg ada kat hati ni.
ahaksss.. tapi tak boleh makan banyak-banyak.
kena penyakit batuk sat lagi.
anak skolah jugak yang di makan :) skang bnyk btoi buah 'moktan' ni :)
RAMBUTAN YG SEGAR N SEDAP TU.
Ada pelbagai rambutan lagi sebenarnya.
Terbaru rambutan jarum emas.
Kat kampung ada pokok anak sekolah dengan gula batu. Gading jiran punya ...
Jadi, dapatlah merasa ... tp peribadi lebih suka pada gading.
Gee Lion saya suka rambutan anak sekolah sebab manis =)
ayunie ramli sama...saya pun suka anak sekolah =) tengah musim ni...
paridah memang....rasa segar dan manis =)
Warisan Petani wah..rambutan jarum emas...menarik tu...boleh kongsikan info? =)
Hasrul Hassan untung kan ada tanah dan kebun sendiri =)..puas makan hasilnya..kan bagus saya ada tanah sendiri =(
Post a Comment