Pagis

Monday, January 19, 2015

25 tahun

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

                                    

25 tahun umur... semakin hari semakin tua..semakin dekat dengan kematian.....

Tetapi,hidup terasa bosan.....tiada arah tuju dalam hidup........

Secara teori dalam minda sebelum ini........

Keluar universiti>berniaga>berjaya............

Hakikatnya.....

Keluar universiti>berniaga>masih belum berjaya....gagal,gagal dan terus gagal...................

Malah berniaga ini hanya nama...sekiranya dilihat daripada sisi berbeza..saya sebenarnya bekerja makan gaji dengan mak saya.....kerana perniagaan ini dimulakan oleh emak saya...saya hanya sekadar membantu dan diberi gaji...ianya menyedihkan bagi seseorang yang sudah berumur 25 tahun seperti saya.....

Pernah cuba berniaga sendiri tetapi tidak berjaya,merancang hendak menjaja juga tidak berjaya.......

Hidup saya..jika dikenang...penuh dengan gagal.......

Setiap kali emak menolong emak berniaga,dan setiap kali disoal "masih belum dapat kerja?" agak sukar untuk dijawab......

Masalah diri,masalah keluarga...tidak boleh diberitahu....barangkali ini alasan terbaik menutup kegagalan.......

Seingat saya,mereka yang sentiasa bertanya soalan masih belum dapat kerja dan memberi cadangan serta komentar bukanlah daripada golongan yang menghulur bantuan khususnya kewangan semasa saya mula hendak memasuki universiti.........tetapi kini mereka memberi cadangan seolah-olah saya pernah meminta bantuan mereka dan kini tiba masa untuk saya balas jasa mereka dengan mengikuti segala cakap mereka......

Seingat saya,cuma emak,along dan pakngah saya yang memberi bantuan kewangan semasa saya tidak ada duit di universiti.........dan mereka inilah yang berhak memberi komentar dalam perjalanan hidup saya.......

Sebaliknya.mereka yang sibuk menyuruh saya mencari kerja adalah daripada golongan yang tidak pernah muncul dalam kesusahan hidup khususnya kewangan semasa saya di univeristi......mereka sebaliknya lebih gemar bercakap tentang anak mereka yang bekerja besar dan menjawat jawatan tinggi........yang peliknya saya tidak pula bertanya atau berminat mengenai hidup anak mereka.......

Saya menulis kali ini kerana tiada tempat meluahkan......bercakap terus dengan mereka......hanya akan mendatangkan pergaduhan dengan saudara-mara.......

Lebih baik ditulis...disimpan......dan jika dizinkan Tuhan........dibaca semula kemudian nanti tulisan ini.........dan saya akan menyedari betapa inilah hidup........

"Manusia yang bertepuk tangan dan bersorak-sorai ketika kita jatuh adalah lebih ramai berbanding manusia yang sudi menghulur tangan kepada kita untuk bangun semula"

Umur sudah 25.............lagi 25 tahun tidak tahu rupa dan coraknya......yang pasti ianya dekat dan hampir.......tidak pernah jauh...........jika dizinkan oleh-Nya sehingga 25 tahun lagi

25 tahun..........................

Sekiranya ada yang membaca atau terbaca "post" ini.........doakan yang baik-baik dalam hidup saya....dan jika kalian berasa kecewa dalam hidup...ketahuilah ada insan seperti saya yang umurnya 25 tahun tetapi masih keliru dalam hidupnya....dan ingatlah bahawa "Kalian Hebat"


25 tahun lagi moga kita semua tersenyum bahagia sehingga menutup mata.........


insya-Allah...

amin.

2 comments:

Cetusan Minda said...

mulakan dengan menabung . mungkin hasil tabungan itu boleh dijadikan modal perniagaan ... apa guna pangkat besar klu masih jadi kuli orang ... manusia materialistik mmg begitu . abaikan saja kerana perjlnn hidup mausia itu berbeza . ada yg bermula dgn kesusuahan dan berakhir dgn kesenangan dan sebaliknya ... 25 itu masih muda . masih byk yg boleh diteroka , masih banyak pengalaman yg boleh dikutip . yg ptg usaha , tabah , redha dan cekal ...

Cik Yaya said...

as'salam...
teruskan berusaha utk berjaya ye..jgn pernh kata ggl pd diri..
selagi kita hidup slgi itu peluang msh bnyk tbuka..
rezki ALLAH itu kan luas... ^_^ chill

Post a Comment