Pagis

Wednesday, September 18, 2013

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa supaya saya~Ahmad Tarmizi b.Mohktar layak bergraduat bulan November 2013..dan juga doa-doa lain yang telah dimakbulkan yang tidak terkira banyaknya...

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenankan doa saya-Ahmad Tarmizi bin Mohktar layak bergraduat bulan November 2013 bagi Program Pembangunan Sumber Manusia, di Universiti Malaysia Sarawak.

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya layak memasuki Universiti Malaysia Sarawak bulan Disember 2010...

Terima kasih ya Allah kerana menempatkan dua orang kawan saya-Noor Aiman b.Abd Rahman dan Izzat Amirul...juga di Universiti Malaysia Sarawak...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya untuk gagal ekonomi kononnya saya ingin menggenapkan lagi setahun di Universiti Malaysia Sarawak~tujuan sebenar kerana saya rasa selesa dan mewah bila duit elaun dimasukkan bulan-bulan sepanjang belajar di Universiti Malaysia Sarawak tanpa perlu bersusah payah..tapi Allah s.w.t lagi Maha Bijak bagi setiap urusan hambanya~saya hamba Allah yang lemah...........Terima kasih ya Allah kerana memberi kesedaran tentang bernilainya setiap sen yang dibelanjakan ke atas saya..........

Terima kasih ya Allah kerana memberi saya ilmu panduan mengenai penjagaan motorsikal EX5 melalui tunjuk ajar yang diberi kawan-kawan......Asif, Abang Alel,Mat Noor, Aiman.........

Terima kasih ya Allah kerana memberi saya peluang menonton rancangan tv Astro bila menyewa rumah bersama-sama kawan-kawan rumah sewa....Asif,Abang Alel,Aiman,Justin,Pian..........

Terima kasih ya Allah kerana memberi saya peluang bermain badminton dalam gelanggang badminton bersama-sama kawan-kawan main badminton...Asif,Justin,Abang Alel,Aiman,Boboi(Raynozainiza),Ben,Pian,Desmond,Kawan Desmond,Fadhil,Mat Noor..

Terima kasih ya Allah..

Buat kalian~Generasi selepas diri yang HEBAT~moga-moga kalian sentiasa berterima kasih terhadap ilmu yang diperolehi sepanjang hidup..kerana kalian pasti akan menggunakan ilmu tersebut ke arah kebaikkan kerana itu kalian~HEBAT..insya-Allah.........................................................................................................

amin.

1 comments:

budoxe lee said...

budak unimas rupanya hang

Post a Comment