Pagis

Thursday, September 19, 2013

Hati ini masih terikat dengan dunia kerana gagal menderma kepada hamba Allah depan pasaraya.......................

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih ya Allah kerana memperkenan doa saya~Ahmad Tarmizi b.Mohktar kerana layak bergraduat bulan November 2013...

Hari ini jelas terbukti hati saya~hamba Allah yang lemah ini masih terikat dengan dunia...buktinya..selesai saya membayar barang di sebuah pasar raya,terdapat seorang hamba Allah yang berdiri sambil memegang kotak derma...tangan saya ingin capai dompet...

Tetapi..barangkali hati saya~hamba Allah yang lemah ini terikat dengan dunia.terdetik hati-"entah ya entah tidaklah kutip derma untuk.........bohong kot ni"

Maka tangan saya tidak mencapai dompet..sebaliknya saya~hamba Allah yang lemah ini melangkah keluar dari pasaraya tanpa memberi derma kepada hamba Allah tersebut...

Bukankah jelas terbukti yang hati saya ini masih terikat dengan dunia..sedangkan saya pernah menulis satu "post" di sebuah forum keusahawanan bahawa dua pelaburan yang tidak akan rugi ialah

1)pelaburan ilmu
2)pelaburan zakat dan sedekah

Tetapi..saya sendiri tidak bersedekah kepada hamba Allah tersebut...ternyata hendak melakukan seperti yang dikongsi sangat sukar sekali..

Maafkan saya....kerana menulis sesuatu sedangkan saya sendiri tidak sempurna mengamalkannya...saya percaya dua pelaburan yang tidak akan rugi sampai bila-bila itu benar sekali........kerana saya mendapat ilmu(saya menganggapnya sebagai ilmu) yang diberi oleh seorang usahawan Muslim yang berjaya.....

Saya juga pernah menganggap bahawa saya boleh menukar sedekah saya yang berbentuk duit kepada sesuatu yang lain seperti makanan atau minuman..

Tetapi..saya gagal melakukan hal ini dengan Hamba Allah yang berada depan pasaraya..............................

Saya percaya-Kalian Generasi Selepas Diri yang HEBAT akan sentiasa bersedekah..kerana itu kalian~ HEBAT.......insya-Allah...............................................................................................................................

amin.

0 comments:

Post a Comment