Monday, September 16, 2013

Emak bawa pergi SPA Kecantikkan dan Rawatan Kesihatan milik kawannya dan emak juga merawat saya hari ini..............

Dengan nama Allah s.w.t yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Ya Allah perkenankanlah doa hamba~Ahmad Tarmizi bin Mohktar supaya layak bergraduat bulan November 2013..................amin.

Hari ini emak..Jamaliah bte Deraman...tolong saya~hamba Allah yang lemah ini berjumpa dengan kawan emak. Seorang pemilik Spa Kecantikkan dan Rawatan Kesihatan.....

Tujuan emak berbuat demikian kerana saya~hamba Allah yang lemah ini ingin berniaga dan selalu mendesak emak menunjukkan cara-cara untuk memulakan perniagaan. Jadi emak sanggup naik motorsikal dengan kaki yang baru hendak sembuh kerana bengkak bersama-sama saya bagi membolehkan saya berjumpa dengan pemilik Spa Kecantikkan dan Rawatan Kesihatan tersebut dan bertanyakan hal-hal memulakan perniagaan......

Hari ini emak juga.....merawat saya kerana mengalami senak di bawah perut.....caranya~emak memanaskan kain bersih dengan seterika...dan kemudiannya kain yang masih panas kerana diseterika diletakkan dengan berhati-hati di tempat yang bermasalah.......

Saya~hamba Allah yang lemah ini tidak akan sesekali mampu membalas jasa emak saya..tetapi saya sukar untuk melakukan perkara yang sesuai dengan jasa emak saya....tiap kali emak saya melakukan kesilapan....seperti tidak ingat jalan ke tempat yang dituju....maka saya akan marah......saya percaya emak saya memaksa diri untuk mengingati jalan ke Spa Kecantikkan dan Rawatan Kesihatan milik kawannya itu.

Buat kalian~Generasi Selepas Diri Yang HEBAT~tujuan saya~hamba Allah yang lemah ini menulis tentang perkara yang dilakukan emak saya kerana saya mempunyai kesukaran untuk bercakap yang saya sayang emak saya..oleh itu..hanya penulisan sahaja dapat digunakan untuk memberitahu sayangnya saya terhadap emak.....dan saya berdoa dan berharap semoga "post"saya ini dapat dibaca oleh emak saya ..tetapi saya percaya kalian pasti akan sentiasa mengucapkan dan melakukan perbuatan yang menunjukkan sayang kalian kepada emak kalian...tidak kira jika masih ada emak.....atau hanya sekejap mempunyai emak......atau tidak pernah mempunyai emak langsung.......kerana kalian HEBAT...insya-Allah...

amin.

0 comments:

Post a Comment