Sunday, March 25, 2018

Jual komik secara online

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Setelah begitu lama saya bercita-cita dan memasang impian untuk menjual komik secara online, akhirnya azam saya ini dapat dicapai.



Sebenarnya azam ini tercapai secara tidak sengaja.

Saya mengambil keputusan untuk menjual komik yang ada dalam koleksi saya sebagai salah satu usaha untuk mencari dana membeli sport-rim motorsikal bagi menggantikan rim motorsikal saya yang sudah uzur.

Jujurnya saya hanya mencuba sahaja. Betul lah kata orang, manusia bila sudah terdesak,pelbagai cara akan dilakukan bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.

Tetapi, ada rezeki saya yang Allah s.w.t nak bagi, berjaya juga mendapatkan pembeli.

Satu pengalaman yang menyeronokkan bagi saya.

Terima kasih kepada pembeli.

Saya berfikir juga hendak meneruskan aktiviti menjual komik ini sebagai sumber pendapatan sampingan tetapi bukan semua komik ada nilai pasaran.

Kebiasaannya komik yang laku untuk dijual ialah komik yang ramai pembaca tetapi sukar untuk mendapatkannya di pasaran. Selain itu, komik yang popular tetapi sudah tidak diterbitkan lagi mempunyai nilai harga yang agak tinggi di pasaran kerana menjadi rebutan dalam kalangan pengumpul komik.

Saya tetap bersyukur kerana azam saya hendak menjalankan perniagaan menjual komik sudah dimulakan walaupun hanya beberapa komik sahaja yang saya jual. Ini tetap mendatangkan kepuasan yang tersendiri kepada saya.

Oh ya, duit yang saya dapat hasil jual komik, mulanya saya bercadang untuk menukar sport-rim tetapi disebabkan terlalu seronok, saya sudah belanjakan duit tersebut ke tempat lain.

Image result for eyeshield 21 komik lengkap malaysia
komik yang saya jual

Semoga azam saya yang lain dapat dicapai.

Semoga azam kita semua dapat dicapai.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

insya-Allah...

amin.

7 comments:

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

tahniah

Warisan Petani said...

Asal rajin berusaha, pasti ada habuannya.

At-Tarmizi said...

Safirul Amar terima kasih =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani betul,insya-Allah ada rezekinya =)

Dunia Zumal said...

Tahniah yer, moga ada sumber lain pula untuk tukar sport rim tu yer...

sjwarecrybaby said...

Salam tuan. Masih menjual komik ke?

At-Tarmizi said...

sjwarecrybaby wasalam tuan,tak lagi buat masa ni

Post a Comment