Tuesday, March 6, 2018

Kawan Bukan Sahabat

Image result for alone

Ibu pernah pesan,
Beringat-ingat bila berkawan,
Boleh erat tapi usah terlalu rapat,
Takut nanti sendiri yang melarat.

Kawan bukan sahabat.

Kawan hanya datang bila dia susah,
Minta tolong bila dia dalam payah,
Bila kita susah,
Dia hilang,kita masih tak tentu arah.

Kawan bukan sahabat.

Masing-masing ada haluan,
Begitu erat berkawan,
Sampai masa masing-masing ada perjalanan,
Tinggal diri sendiri bersendirian.

Kawan bukan sahabat.

Masa dia resah,
Datang cari kita untuk luah masalah,
Bila kita resah,
Dia minta kita pandai-pandailah.

Kawan bukan sahabat.

Masa dia berada di bawah,
Jumpa kita yang sebenarnya lagi bawah,
Mungkin untuk dia rasa gah,
Jumpa kita yang jauh lagi susah.

Kawan bukan sahabat.

Pesan ibu dulu aku buat tak peduli,
Mana mungkin kawan buat aku macam tu nanti,
Bila dah lama berkawan,
Memang benar pesanan,
Kawan sanggup tinggal kawan pasal perempuan,
Kawan sanggup tinggal kawan asal dia dalam keselesaan.

Baru sedar,
Kawan bukan sahabat.
Kawan datang hanya bila ada agenda,
Masa kita susah,payah nak nampak muka,

Kawan bukan sahabat.
Ternyata...

Sahabat aku ahli keluarga aku sendiri selama ini.

Macam mana aku susah, mereka ada supaya aku tak mudah jatuh rebah,tak mudah mengalah.

Tak mengapalah kawan.

Ini pengajaran.

Buat kalian,

Ingat ya,
Kawan bukan sahabat.

Sahabat susah senang memang payah nak dapat,
Tapi bila ada,jagalah ia erat-erat,

Kawan bukan sahabat.

8 comments:

PeRdU cINta said...

Ada kebenarannya...walau tidak semua begitu namun ada..hakikat.

sofie adie said...

mana ada kawan diwaktu ni, yang ada hanya kenalan....jika bertemu yang satu itu, jagalah ia sebaiknya....

mamapp said...

Carilah seorang Sahabat Yang menjadi tulang belakang Kita Dan sama2 betul membetulkan

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta hakikat yang pahit untuk ditelan...

At-Tarmizi said...

sofie adie betul, amat bertuah jika jumpa..kena hargai dengan sebaik-baiknya.. =)

At-Tarmizi said...

mamapp betul, tapi susah nak jumpa,kalau jumpa memang bertuah,kena jaga baik-baik =)

Dunia Zumal said...

Betul tu Tarmizi, kawan ni kekadang ada agenda

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal ya, sedih juga bila kena macam tu

Post a Comment