Friday, March 9, 2018

Harta orang tetap harta orang

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Harta orang tetap harta orang.

Bila pinjam harta orang, kena ingat itu bukan harta kita.

Harta orang kena jaga, jangan pandai buat macam harta kita sendiri.

Bila kawan bagi pinjam laptop kena ingat itu harta dia.

                                                Image result for laptop
Bukan suka-suka boleh download program.

Download program yang kemudiannya menyebabkan laptop kawan boleh kena virus.

Harta sendiri tak apalah, laptop sendiri tak apalah, buatlah apa pun.

Harta kawan,laptop kawan, bukan boleh suka-suka hati.

Sudahnya, kawan kena bersusah payah nak kena format balik laptop dia.

Bila tak bagi nanti cakap macam-macam.

Mujurlah kawan tu dah malas nak buat perangai lama,

Ikut perangai dulu, dah geram sangat, ada yang kena tinju dekat muka,

Tapi fikir balik, masa pula nak layan orang macam ni.

Biarlah dia rasa bangga dengan diri sendiri.

Kawan tenang-tenang sahaja.

Kawan tu pun dah malas sebenarnya.

Hidup ini selagi tak kembali kepada pencipta,

Layan sahajalah..

Sampai masa nanti,

Semua yang hidup akan mati,

Tapi ini tulisan pesanan,

Jika ada membaca atau terbaca, ingat ya..

Harta kawan tetap harta kawan,

Tak boleh buat ikut suka hati,

Lainlah harta sendiri,

Ikut suka lah diri.

Moga ada manfaatnya "post" kali ini...

Insya-Allah...

amin.

13 comments:

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

sabar ajelah dengan orang berperangai buruk seperti ini.....berhati hati lah

PeRdU cINta said...

Betul sangat-sangat...sila ingat...

Hans Hanis said...

ketuk je kepala orang macam tu dengan kuali
biar dia rasa erti penyesalan

At-Tarmizi said...

Noor Maizan terima kasih =)

At-Tarmizi said...

Safirul Amar memang bersabar sahaja =)

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta baik,kena banyak beringat =)

At-Tarmizi said...

Hans hahaha..jadi kes jenayah pula nanti, sabar sahajalah =)

Sha Mohamed said...

Memang setuju sangat.. kadang tu tak sedar diri.. harta orang buat macam harta sendiri..

Warisan Petani said...

Nak guna harta orang, pinjam okay lagi.
Ada tu rembat terus tanpa kebenaran.

At-Tarmizi said...

Shahida Dzulkafli tu yang geram tu

At-Tarmizi said...

Warisan Petani itu lagi marah..memang menguji kesabaran...

Dunia Zumal said...

Betul tu...

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal apa boleh buat,sabar sahajalah..

Post a Comment