Tuesday, February 27, 2018

Borang Penilaian Prestasi

Asssalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum tamat latihan Skim Latihan 1 Malaysia di Stadium Merdeka.

Sedar tak sedar, sudah setahun berada di Kuala Lumpur ini, saya memulakan skim latihan ini pada bulan 3,2017... maka hari Rabu ini berakhirlah on the job training saya selama 10 bulan..2 bulan soft skill, 10 bulan on the job training..maka jumlah keseluruhan 12 bulan atau setahun.

Bermacam perkara,peristiwa dan pengalaman yang diperolehi.

Sedih rasanya bila mengenangkan perkara ini.

Sedih kerana akan tamat latihan.

Sedih kerana lepas ni akan kembali mencari kerja

Sedih kerana tidak diserap.

Sedih kerana umur makin meningkat tetapi masih tidak nampak arah tuju dalam hidup ini.

Moga kehidupan masa akan datang saya akan lebih baik dunia dan akhirat.

Sebelum menamatkan latihan ini, saya diberi borang penilaian prestasi oleh majikan.

Terima kasih kepada En.Alias kerana sudi memberi komen yang positif sepanjang saya menjalani latihan di sini.




Harapnya borang penilaian ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada saya dalam usaha untuk mencari kerja.

Perancangan seterusnya?

Cari kerja sambil tolong emak berjaja semula, dan jika boleh saya ingin mengembangkan perniagaan emak saya ini.

Doakan semoga kehidupan saya baik di dunia dan akhirat.

Saya juga doakan semoga sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini mendapat kehidupan yang baik dunia dan akhirat.

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

Insya-Allah...

amin.


11 comments:

ray said...

semoga dipermudahkan segala urusan. ameen

At-Tarmizi said...

Raydah terima kasih, mudah-mudahan begitu, insya-Allah..amin. =)

Mimin Adam said...

semoga dipemudahkan urusan ! chayookkk

PeRdU cINta said...

Mungkin ini langkah pertama...bissmillah. .

Dunia Zumal said...

Semoga Tarmizi mendapat peluang kerjaya yang lebih baik selepas menamatkan SL1M ini. Insha Allah...

At-Tarmizi said...

Raydah terima kasih, insya-Allah, amin. =)

At-Tarmizi said...

Mimin Adam terima kasih..moga saya tak mudah patah semangat =)

At-Tarmizi said...

PeRdU cINta mungkin,harapnya langkah saya tak terhenti disini sahaja.. =)

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal mudahan begitu, terima kasih ya..insya-Allah..amin. =)

mamapp said...

Semoga dipermudahkan segala urusan ye

At-Tarmizi said...

mamapp terima kasih, insya-Allah..amin =)

Post a Comment