Pagis

Tuesday, February 27, 2018

Nasi Ayam Dara

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Bukan hendak berkongsi resipi cara memasak nasi ayam, sebaliknya sekadar ingin berkongsi kenangan makan di sebuah kedai yang agak sedap sepanjang menjalani latihan di Kuala Lumpur ini.

Kawasan Stadium Merdeka agak sukar untuk kami membeli makanan kerana pejabat kami agak terasing sedikit.

Sekiranya masa "lunch hour" adakalanya kami akan diminta untuk membeli makanan di kedai Nasi Ayam Dara..

Lokasinya bagi yang biasa dengan Stadium Merdeka, Stadium Negara,LRT Pasar Seni ataupun Wisma Tun Sambathan mungkin tahu kedai ini.

Nasi Ayam Dara yang dijual memang sedap dan harganya berpatutan, RM 6.50 sebungkus.

Sudah pasti saya akan teringat kenangan makan di sini. Selain selalu dibelanja makan, di sini juga saya secara tidak sengaja tertumpah sup panas kepada seorang kakak, mohon maaf ya kak. Saya tiada niat dan tidak sengaja.








Mungkin selepas ini sukar untuk saya makan di sini lagi, tetapi memang sedap Nasi Ayam Dara yang dijual.

Terima kasih kepada semua staff stadium yang selalu belanja saya makan.

Semoga Allah s.w.t sahaja membalas segala jasa baik kalian.

Moga hidup saya akan baik di dunia dan akhirat.

Moga hidup kalian juga baik di dunia dan akhirat.

Moga hidup kita semua baik di dunia dan akhirat.

Semoga ada manfaatnya  "post" kali ini,

Insya-Allah...

amin.

6 comments:

Dunia Zumal said...

Teringin pulak nak makan nasi ayam dara tu

Hans said...

nasi ayam dara memang sodap
hehehe

mamapp said...

Alahai kesiannya kakak yg kena sup panas Tu tapi mama pasti dia pun dh maafkanlah tarmizi Dan terus lupa selwpas menikmati nasi ayam Dara tu

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal hahaha..memang sedap =)

At-Tarmizi said...

Hans memang sodap =)

At-Tarmizi said...

mamapp harapnya seperti itu, serba salah jadinya..

Post a Comment