Friday, February 23, 2018

5 Perkara

Assalamualaikum w.b.t

Saya tertarik dengan satu "post" yang ditulis dalam Group Depression Survivors (Malaysia), di mana kita berkongsi 5 perkara yang merupakan hobi/ minat kita.

Saya kongsikan 5 perkara yang menarik minat saya:

1) blogging~ sebab saya suka menulis dan berkongsi kisah...jadi blog merupakan satu platform terbaik bagi saya. Selain itu, bila ada blog ini saya dapat mengingat kembali peristiwa-peristiwa yang dilalui, pengalaman pahit manis yang akan dikenang. Mempunyai blog juga seolah-olah saya berasa "hidup"~sukar saya nak terang dengan terperinci cuma itulah yang saya rasa bila menjadi seorang blogger ini.


2) tengok anime/cartoon~ sebab masa kecil saya boleh dikatakan kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk dalam rumah menonton cerita cartoon/anime macam dragon ball, anak-anak sidek, keluang man, frootes, yokies. banyak lagi....boleh dikatakan saya menghabiskan zaman kanak-kanak saya dengan menonton cerita anime/cartoon...jadi saya memang tak ada pengalaman macam kanak-kanak lain seperti bermain batu seremban, galah panjang,congkak, rounders, baling selipar..teng-teng...sedih juga..malah boleh dikatakan mata saya rosak/rabun berpunca daripada menonton tv terlalu dekat...

3) HR/sumber manusia~ bidang ini yang saya belajar semasa zaman universiti dahulu, malangnya sehingga kini saya tidak berkesempatan mempelajari bidang ini secara praktikal. Salah sendiri sebenarnya, semasa praktikal saya berpraktikal di tempat yang tiada HR, kemudian setelah habis belajar, saya berlengah-lengah untuk mencari kerja...kemudian saya menyertai program Skim Latihan 1 Malaysia di Telekom, Malaysia Airport, PNB, tetapi saya tidak pernah ditempatkan dalam bahagian HR/Sumber Manusia....saya ditempatkan di bahagian Student Division, Event Management dan lain-lain. Doakan semoga selepas saya habis SL1M ini ada rezeki saya dalam bidang HR/Sumber Manusia ini ya..


4) drawing~ ya, saya suka melukis walaupun lukisan saya buruk. Saya akui itu. Cuma saya rasa seronok bila saya dapat menyiapkan sebuah lukisan...sebab itu dalam blog saya, ada juga saya selitkan lukisan saya dengan cerita seperti Asif & Tar dan juga kadang-kala lawak yang hambar..tetapi niat saya hanya untuk menghiburkan hati saya dan mereka yang membaca atau terbaca blog saya ini. Bila melukis dan melihat lukisan saya, saya ada suatu perasaan seronok yang sukar digambarkan.



5)selling something~ ya, saya suka bila dapat menjual/berjaja...cuma jujurnya sekarang ini saya hanya ada pengalaman menolong emak saya berjaja, saya tidak berjaya memulakan perniagaan saya sendiri. Saya pernah cuba menjadi agen untuk menjual teddy bear, jual air mineral, kesemuanya gagal. Tetapi perasaan menjual sesuatu menyeronokkan bagi saya. Selepas ini, saya akan habis program SL1M di Kuala Lumpur dan kembali semula menolong emak saya berjaja sementara saya cuba mencari pekerjaan lain. Harapnya saya tidak akan bertemu dengan seorang Makcik yang suka bertanya tentang hidup saya semasa saya menolong emak saya berjaja nanti.


Sebenarnya saya rasa banyak lagi yang menarik minat saya, cukuplah 5 dahulu..5 yang saya rasakan merupakan antara hobi/minat saya yang utama...

Jika ada membaca atau terbaca "post" saya ini, sudi-sudikanlah kongsi 5 perkara yang merupakan minat/hobi utama...

Semoga ada manfaatnya "post" kali ini.

Insya-Allah...

amin.

5 comments:

Dunia Zumal said...

Semoga apa yang diminati dan dirancang oleh Tarmizi akan dipermudahkan yer...

Warisan Petani said...

Biasa yang no 5 tu.
No 4 tak reti langsung.

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal insya-Allah..terima kasih ya =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani biasalah tu, lain orang lain minatnya =)

mamapp said...

Bagus ye Ada minat bwrniaga.. mama doakan yg baik2 buat tarmizi ye.

Post a Comment