Saturday, November 11, 2017

4 S-Kewangan

Assalamualaikum w.b.t

4 S-Kewangan

Izinkan saya berkongsi tips/panduan asas dalam kewangan,

Sebelum itu atau terlebih dahulu saya ingin menjelaskan saya bukanlah seorang pakar kewangan atau pakar ekonomi untuk menceritakan atau menjelaskan dengan hebat atau spesifik mengenai kewangan atau cara melipat gandakan wang anda sebab saya pun tak tahu caranya.

Saya sekadar ingin berkongsi sedikit tips atau panduan hasil daripada pembacaan saya melalui buku-buku atau laman web mengenai aspek pengurusan kewangan.

Tips yang mudah sahaja tetapi harapnya dengan perkongsian ini dapat menjadi amal atau bekalan saya bila mati nanti, insya-Allah,amin.

Okey saya namakan teknik atau panduan ini sebagai 4 S.

1) S-simpan

Macam biasa kalau anda baca tips-tips mengenai kewangan daripada mana-mana sumber,perkara pertama yang biasanya perlu dilakukan ialah simpan sedikit wang pendapatan anda sebelum dibelanjakan.

Pendapat saya pada peringkat permulaan simpan sahaja yang anda rasa mampu simpan sahaja terlebih dahulu,sebab kalau ikut buku kewangan ada yang menyarankan 10%,ada juga yang 30%,bagi saya simpan yang anda rasa mampu atau relevan dengan anda,contoh pendapatan anda RM 1000,anda rasa cuma mampu simpan RM10,maka simpanlah RM10,bila dah selesa dan rasa seronok menyimpan mungkin lepas tu baru anda ditingkatkan jumlah simpanan.

2-Sedekah

Okey, yang ini sebenarnya saya ikut cakap pensyarah saya dahulu, dia cakap pernah tak jumpa orang yang rajin bersedekah ini hidup miskin atau susah?ke sebaliknya hidup dia bahagia walaupun tak mewah?

Cara mudah untuk bersedekah bagi lelaki,simpan atau asingkan rm1 dalam dompet,jadi bila hari Jumaat masuk sahaja rm1 tu dalam tabung masjid.

Bila dah selesa rm1 dan lama-lama lepas tu nak naikkan jumlah sedekah tu,terpulanglah.

3) S-selesai

Okey, S-selesai bermaksud selesaikan segala bil-bil,hutang yang perlu diselesaikan,macam sewa bilik,rumah, PTPTN dan sebagainya...saya saja letak ni selepas sedekah sebab takut kalau dah bayar semua bil-bil,duit dah habis untuk bersedekah.

4) S-seronok

S terakhir ialah seronok, maksudnya lepas dah bayar segala bil-bil dan macam-macam lagi,bolehlah guna duit kita untuk keseronokkan,contoh pergi tengok wayang,beli baju atau kasut,terpulanglah...tapi rasanya zaman sekarang ni lepas habis bayar segala bil-bil,duit dah tak berapa ada sangat nak berbelanja.

Okey,itulah 4 S yang ingin saya kongsi-kongsi dengan anda,cuma perkara lain seperti bagi duit mak ayah,isteri atau anak saya tak letak sebab tu logiknya memang perkara wajib bagi semua manusia.

Saya juga sekadar berkongsi,jujurnya saya kongsi tips ini sambil makan meggi sebab duit belanja tinggal cukup-cukup makan sahaja...

Niat saya hanya ingin berkongsi tips ini supaya dapat menjadi amal saya nanti bila saya mati.

Saya juga tak tahu cara-cara supaya duit berkembang dengan cepat.Saya cuma tahu simpan sikit-sikit duit di ASB, itu pun hanya simpanan biasa dan bukan ASBF.

Jadi saya hanya berkongsi sekadar yang saya mampu.

Moga ada manfaatnya,

insya-Allah....

Amin.

14 comments:

Safirul Amar Bin Hj. Azmi said...

Selesaikan hutang itu yang terbaik dan sedekah...

Dunia Zumal said...

Insha Allah zumal akan ikut tips ni...

Etuza said...

saling berkaitan..bab hutang..semoga kita segera selesaikannya ya

At-Tarmizi said...

Safirul Amar betul,harapnya kita semua mati tanpa ada hutang =)

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal insya-Allah, terima kasih,kongsi-kongsilah ya tips ini =)

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza betul tu,muddah-mudahan kita semua mati tanpa ada hutang =)

Sha Mohamed said...

Sebelum berseronok kenalah selesaikan apa yang patut.. Bil-bil semua memang kena settle dulu.. Kalau tak parahlah..

At-Tarmizi said...

Shahida Dzulkafli betul,tapi bila dah setel semua, tinggal berapa ja nak berseronok,sedihnya,huhu =)

Cik Puan Ena said...

Pastikan settle kan segala komitmen.. baru rasa lega nk guna ntk keperluan lain..

At-Tarmizi said...

Cik Puan Ena betul,tapi bila dah settle,dah tak berapa ada pula untuk keperluan lain =)

Kancing said...

Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini mizi. Teringin nak jumpa tuan empunya blog, pasti banyak cerita yang boleh dikongsikan

At-Tarmizi said...

Kancing insya-Allah,moga dapat jumpa satu hari nanti. =)

Ciktie said...

Sebelum shopping kenalah settle apa yang patut dulu.

At-Tarmizi said...

Cik Tie tapi biasanya lepas dah settle,dah tak ada duit sangat nak shopping =)

Post a Comment